..........
ku
..........
kampungku
masih seperti dahulu
masih hijau merimbun
masih ada kicau burung
bandarku
masih sesak jalan raya
masih bersimpang siur kereta
masih penuh asap di udara
negeriku
masih banyak pembangunan
masih menggodol bukit dan bukau
masih ada hutan simpan
kotaku
masih dalam simpang delima
masih kekal atau jadi bandaraya
masih ada kedai kopi ah kaw
negaraku
masih makmur aman damai
masih maju dan menuju 2020
masih ada segalanya
diriku
masih meniti titian pejalanan
masih di bandaraya suram
masih mencari diri yang hilang
p/s : kepala ku pening sekali. terasa kedenyutan namun ku tahan. esok ok lah itu. tidak mahu mengambil panadol lagi. biar ajek. `ku` saja-saja tulis. ayat susunan tidak rapi. biar ajek. apa ni semua biarkan! tidak boleh! oh aku makin pening. tadi kereta tgk temperature naik lebih setengah. ini tidak boleh jadi. rupa-rupanya buka depan tengok air sudah kering. apa lagi isi kasi penuh baru ok. misteri sungguh bagaimana boleh kering air. oh tadi kelihatan di TV elektrik pula bakal naik. tol dijanjikan tidak naik untuk ini tahun. entah apa pula naik. dikatakan oleh pakar penjimatan keterlaluan seperti disarankan TPM boleh akibatkan kuasa membeli kurang, daya saing kurang, perniagaan tidak bergerak aktif dan sebagainya. entahlah. biar ajek. tunggu dan lihat. oh makin pening. selamat hari minggu semua.
kata - kata in hari : hidup umpama jam, ada malam, ada siang, ada jam loceng ingatkan
__________________________________________________________
0 Responses to “::: campurization :::”
Leave a Reply