.................
orang itu
.................
orang itu
pernah jadi idola
pernah dipuja
pernah jadi inspirasi
orang itu
pernah dicerca
pernah dimaki
pernah dibenci
orang itu
pernah nampak
pernah terlihat
pernah terdengar
orang itu
pernah jatuh
pernah tergolek
pernah terjelopok
orang itu
pernah disisih
pernah difitnah
pernah diketepikan
orang itu
pernah senyum
pernah mesra
pernah gembira
orang itu
pernah bangkit
pernah berjuang
pernah dijulang
orang itu
pernah di sini
pernah di sana
pernah di situ
orang itu
kini entah ke mana
kini tiada berita
kini tinggal kenangan
jumaat 10 mac 2006
p/s : demonstrasi kedua hari ini berlaku lagi. demonstrasi kenaikan minyak. namun hari ini dilaporkan pihak FRU telah mula menyembur air untuk meleraikan pendemonstrasi. ini tidak berlaku pada minggu lepas. mungkinkah `tangan-tangan` sudah mengarahkan melepaskan penyemburan air ini? adakah ketelusan dalam 4.4 billion itu memperbaiki sistem pengangkutan di kota KL? itu di kota KL dan kotaraya. bagaimana pula di kota Damansara, kota Jempol, kota Lukut, kota Sarikei mahupun kota bharu? perbagai-bagai persoalan berlegar di diri ini. apa boleh buatkan. sudah naik. nasi sudah jadi bubur. bubur lak tatau jadi apa. diharapkan lepas ini tiada apa pula yang naik, terutama tol. diharapkan kotakanlah janji-janji kamu. kalau tidak, amanah kamu pada rakyat tanah Melayu akan terabai, tergadai sebegitu sahaja. oh. puisi orang itu. saya pun tidak tahu siapa orang itu. mungkin datuk K yang dikaitkan dengan siti yang mana diberitakan JAWI bersedia meminangkan siti bagi pihak datuk K, datuk m kah, datuk a kah, atau `datuk` semata atau sesiapa sahaja. saya pun tidak tahu atau saya sendiri yang tahu. oh saya sering tertanya apa peranan saya sebagai orang muda di bumi malaysia? anda terfikir? adakah pergi kerja balik kerja, simpan duit kahwin, raya, balik tidur? atau lebih lagi melangkaui jangkauan pemikiran. atau berhibur libur semata dengan konserto dan hiburan 24 jam sehari? entahlah. saya pun dalam simpang dilema. saya cuma pohon Yang Maha Esa jalan yang lurus, jalan kebenaran, jalan yang diredhaiNYA. oh. orang itu.
kata-kata ini hari : kiri, kanan, atas, bawah, ketemu kita di simpang jua
_______________________________________________________________
0 Responses to “::: orang - orang :::”
Leave a Reply