======================================
Ajaibnya Cinta - Sa-Orang Lelaki
======================================
Aku adalah seorang lelaki
Lelaki yang mudah merasa cinta
Pabila ada wanita yang cantik di depanku
Membuat hatiku tertawan
Engkau wanita harus bersedia
Saat dipuji dan digoda
Kerna aku tidak bisa menahan rasa ini
Rasa ini yang membingungkan jiwa
Wanita harus disentuh
Ditempat yang istimewa
Namun tempat itu hanya untuk yang dewasa
Di manakah tempat itu yang membuat wanita suka
Sudah tentulah di hatinya
Wanita harus disentuh
Ditempat yang istimewa
Namun tempat itu hanya untuk yang dewasa
Di manakah tempat itu yang membuat wanita gila
Sudah tentulah di hatinya
Aku memang pernah merasakan cinta
Namum kali ini amatlah berbeza
Baru sekarang hati aku sadari
Betapa ajaibnya cinta
p/s : Rabu 29 April 2015
Alhamdulillah kerja macam biasa. Selesaikan pelbagai tugasan sebelum bercutian panjang lala ! Uhuks. Petang pulang kemas semua. Malam santai rehat!
Khamis 30 April 2015
Pagi tandatangani apa yang patut di Pappa Rich. 9.00 - 9.50 pagi. Balik barulah mula berkemasan. Huh. Kepenatan juga sampai dada rasa tidak rehat. Pukul 12.30 tengahari terus ke Klinik Kita. Ada Doktor Haniza. Buat ECG bagai terus. Alhamdulillah semua ok kena berehatan sahaja. Sambung kemas lepas itu. Jam 3.00 Pakcik Rosli dah sampai. Jam 3.20 petang bertolak dari rumah dan tiba di KLIA2 sekitar 4.20 petang. Sejam begitu. Sampai nak drop bagasi tetapi kaunter tidak buka lagi. Makan dulu di roket Johnny. Besar dagingnya! Alyaa makan nasi Marrybrownies. Oh la laa. Oh kemudian solat ganti-ganti surau tepi KK. Lepas itu dalam 6.00 petang masuk dalam. `Boarding` 7.55 malam. Layan adik Hannah makan bubur dahulu depan kedai kopi sempat beli air 3 dalam 1 untuk air panas lagi. Penuh kapal terbang ! Seat no 30 belakang. Alhamdulillah naik-naik sahaja `flight` Hannah tidur. Bangun bila sampai. Oh syukur selamat tiba Kangar awa 9.15 malam gituh. Pulang ke Kangar dan tiba Kangar sekitar 10.40 malam begitulah.
Outro :
1. Siapa bakal memenangi PRK Rompin ini hari Isnin 5 Mei 2015 ? BN atau PAS. Nampak sangat parti PR lain terlebih fokus ke Utara berbanding Rompin.
2. Al - Fatihah untuk mangsa kesituasian di DUKE. Moga Allah cucurikan rahmat kepada mereka yang beriman.
3. PBAKL aku tidak pergi namun nampak ada 3 syarikat buku IndiE iaitu DuBook, Fixi dan Lejen. Adakah mereka bersaudara ?
kata - kata ini hari : “Although fate presents the circumstances, how you react depends on your character.” – Anonymous
__________________________________________________
0 Responses to “::: rumbia :::”
Leave a Reply