============================
Rhoma Irama
Perjuangan dan Doa
============================
Berakit-rakit ke hulu berenang ke tepian
Bekerjalah dahulu, berjuanglah dahulu
Baru kemudian bersenang-senang
Pahit rasanya empedu manis rasanya gula
Sakit-sakit dahulu, susah-susah dahulu
Baru kemudian berbahagia
Berjuang (berjuang)
Berjuang sekuat tenaga
Tetapi jangan lupa
Perjuangan harus pula disertai doa
Rintangan (rintangan)
Rintangan sudah pasti ada
Hadapilah semua dengan tabah
Juga dengan kebesaran jiwa
p/s : Ahad 19 April 2015
Nama saya M Arif Farimin
Kepakaran saya adalah…………..
Begitu rupanya cara pengenalan diri cara perniagaan. Alhamdulillah semalam saya berjaya menjalani seminar / kursus / perkongsian bersama Dr Azizan. Lupakan skeptikal sebab skeptikal itu pasti masih ada. Pendengaran lebih kepada perkongsian hidup dan juga ala – ala motivasi tajam menikam kalbu. Yang penting sekali perubahan dari BIASA ke LUAR BIASA. Hungry for more! Oh kalau mahu details kena ke kelas IMKK tetapi saya bukan ke tahap itu lagilah. Untuk masa ini saya akan lebihkan kepada peningkatan dan pemantapan sahsiah sertai kerohnian. Uhuks.
Ceritanya bermula dengan perjalanan dari BTHO sekitar 7.33 pagi. Sampai di PGRM 7.48 pagi. Alhamdulillah senang sahaja untuk dapatkan tempat meletakkan kenderaan. Terus ke kaunter pendaftaran di tingkat 3. Letak kereta di tingkat 6. Oh ramainya orang dan kelihatan ramai macam muda daripada saya ini. Lepas daftar dapat buku. Bayaran saya hari itu RM50.00 . Dahulu percuma dengarnya. Dahulu tajuk seminar sebegini ialah Rahsia Tarikh Lahir. Lepas di `carpet bombing` mungkin tiada lagi apa-apa tarikh lahir disebut. Hendak masuk seminar ini kena lupakan tulisan Aidid Muaddib terutamanya pasal PHD dan Dr MM. Hahaha. Ambil yang mana positif. Yang paling menarik untuk kita hadirkan diri kerana tiada apa-apa MLM yang dipromosikan. Ikutlah untuk berniaga apa sahaja kecuali kalau kontrak kerajaan saya tidak boleh tolong katanya. Haha.
Pukul 8.30 pagi begitu kelas dibuka. Meluru orang masuk untuk ke depan. Saya duduk di sebelah kanan dewan. Kami diasingkan tempat duduk lelaki dan wanita. Kelas bermula dalam 9.00 pagi dengan senaman dari entah siapa DJ. Lepas itu baru Dr Azizan memulakan perkongsian. Kesimpulannya beliau mahu MELAYU berniaga dan ke arah LEBIH BAIK. Lepas itu Fizo Omar datang berkongsi cerita dan selepas itu orang apa entah nama berbasikal dari UK ke Malaysia itu. Lepas itu macam biasa beliau sebagai promoter promosi IMKK pula. Maka pulanglah semula ke dunia sebenar. Hahaha.
Petang santai tapau Djue sahaja. Malam tapau Tutti Fruiti. Esok kerja dan semangatlah!
Isnin 20 April 2015
Kerja pergi lalu MRR2 lepas itu Ampangan Hilir. Memang rempit `swipe` pukul 8.57AM. Semangat tapi perlahan. Makan tengahari pau sahaja. Petang ke Rohas Perkasa ada urusan. Balik singgah rumah ibu dan bapa berurusan. Abah dan emak syorkan ke IMKK pula sudah!
kata - kata ini hari : “The greatest discovery of my generation is that human beings can alter their lives by altering their attitudes of mind.” – William James
__________________________________________________
0 Responses to “::: tunas :::”
Leave a Reply