FREEDOM! FOREVER!



::: guris :::


E-mail this post



Remember me (?)



All personal information that you provide here will be governed by the Privacy Policy of Blogger.com. More...




Terpinar mata berpusar - pusar
Sudah lama tidak ke pasar
Enjin lama bunyi makin kasar
Menyelam biar sampai ke dasar

Berehat - rehat badanlah penat
Masa muda marilah beringat
Lama tidak sampai ke Hulu Langat
Esok terasa ingin makan donat

Semangatlah diri harungi waktu
Paduan ke depan amanat jitu
Buatlah apa pintalah restu
Janganlah keras kepala batu

Entah mengapa keberanian naik dan turun
Kadangkalah ke KLC kadangkala ke Gurun
Hari kerja sahaja berasa gerun
Macam memandu melalui cerun

Kekalkan momentum dalam berjalan
Moga istiqamah berkekalan
Apa - apa kena ada bekalan
Jangan ada apa - apa sesalan

AHAD 26 APRIL 2015
7:42 PM @ AV2

 

 p/s : Sabtu 25 April 2015
Oh la laa. Hannah demam sedikit ini hari. Hantar Alyaa ke kelas kira-kira 10-12 kemudian sarapan pagi di Risya d Pagi. Hendak ambil peralatan jahitan bersama tapi Hannah nak pulang dahulu. Alhamdulillah selesai ambil semua peralatan jahitan. Tapau nasi kemudian ambil Alyaa pula. Oh petang hujan lebat sungguh. Lima lebih ke klinik kita bawa Hannah. Ada sedikit batuk begitu. Tidak perlu makan antibiotika. Antibiotika pun kurang elok kalau kerap kan. Oh singgah rumah nenek. Patut balik Melaka ini hari tetapi tangguh nantilah insyaAllah. Khamis mahu pulang ke Perlis!

Ahad 26 April 2015
Santai sahaja di rumah. Beli makanan runcit dan terima kasih isteri tercinta masakkan. Alhamdulillah demam Hannah kurang semakin pulih. Syukur Ya Allah. Oh macam best je `Hidup Luar Biasa` ini hari di Setia City Mall Shah Alam. Ada Afdlin Shauki. Bila lah boleh ke IMKK ini. Ada misi besar pula selepas ini. Oh terdengar celoteh Tun M di YouTube. Peperangan makin sengit dengan PM 1Malaysia!

Outro
Peugeot macam cantik sahaja. Tetapi buat masa ini kereta yang kami miliki terbaik dan menepati keperluan seharian. Tidak lupa `MINI COOPER` kami ini juga. Esok kena keras lebih kerja lagi!

 

kata - kata ini hari “A man is what he thinks about all day long.” – Ralph Waldo Emerson
 

laman web hari ini : WAZARI WAZIR
   __________________________________________________


0 Responses to “::: guris :::”

Leave a Reply

      Convert to boldConvert to italicConvert to link

 


Lilypie Fourth Birthday tickers Daisypath Next Aniversary Ticker Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers

AboutMe

  • I'm reef
  • From Kerteh New Town, Terengganu, Malaysia
  • The Last Man Standing
  • My profile

Previous posts

Archives

[Hidup Mesti Terus]

Lingkaran

Lakaran

Liputan

Lingkungan

Lembaran

Lebuhraya

Lengkapan

Lampiran

Laluan

Katakanlah





target= target=!--################################# Put your links here ############################################--_blank