FREEDOM! FOREVER!



::: gumusut :::


E-mail this post



Remember me (?)



All personal information that you provide here will be governed by the Privacy Policy of Blogger.com. More...




GST - Gua Sempoi Telus

Sana sini pun pasal GST
Sampai lupa pasal PPRT
Yang tidak peduli yang bawa GT
Yang main `twitter` rajin RT

Irama `KORN` di corong telinga
Dulu diam kini ternganga
Tengok `orang` itu kahwin penuh bunga
Pergi Zoo lari melawat singa

Dulu bawa 100 cukup
Sekarang tidak lagi 6% kena cekup
Ramai orang terpelangkup
Pakai tudung itu sarunglah serkup

Beli semua kena jimat dan cermat
Sampai hujung bulan poket Selamat
Nak murah jom ke Pasar Keramat
Berdoalah hidup kita berkat dan Rahmat

GST GST kejap lagi orang mesti lupa
Banyak isu `decoy` buat kita alpa
Baru nak tertanya aku kau siapa
Dulu memangkah kini hampa

Dunia pun semakin mahal
Tidak suka bumi pergilah Zuhal
Jangan gaduh ada apa hal
Jom ngaji ambillah rehat

Marilah kita pandang ke depan
2020 kan di hadapan
Ada duit lebih mari simpan
Biarlah orang naik kapal selam kita naik sampan

11.10 2 April 2015 Kiub77


p/s : 

Selasa 31 Mac 2015
Esok GST!

Rabu 1 April 2015
Selamat pagi 1GST. Era GST. Era cukai 24/7. Era era. Macam biasa minggu ini agak perlahan sedikit. Tengahari pertama kali di GST kan mamak tingkat 4. Mee goreng + teh ais RM 6.90. Uhuks. Malam pula makan ikan. Oh pengurus lama saya sudah bertukar baru ini hari. Terima  kasih pengurus!

Khamis 2 April 2015
Sesak terkena kat jalan bulatan kampung pandan. Kena tahan polisi. Ingat tengahari ingin ke PCMC tetapi Kak Zura suruh datang esok harinya. Makan tengahari `budget` di tingkat 4. Biasa RM 4.00 kini RM 4.25 termasuk GST. Air beli juga teringin. Kalau tidak air pantri sahaja maknanya. Uhuks. Oh sudah survey Sekolah Alyaa tahun hadepan.

Jumaat 3 April 2015
Macam biasa mesyuarat pagi Momotomoyo di menara satu. Semua berjalan lancar dengan pengurus baru. Tengahari `farewell` pengurus lama dan jemputan 3 pengurus baru. Kejap sahaja sebab hendak Jumaat. Alhamdulillah kenyang makan nasi minyak. Moga maju dan jaya jusco. Fisio selepas itu Jumaat solat di tangga. lambato. Alhamdulillah semua ok katanya parut kurang dan sihat sudah. Malam isteri tercinta belikan ikan patin. Burppp. Rindu papan selaju !


 

kata - kata ini hari : “We are still masters of our fate.  We are still captains of our souls.” – Winston Churchill
 

laman web hari ini : Suara Muhajirin

  __________________________________________________


0 Responses to “::: gumusut :::”

Leave a Reply

      Convert to boldConvert to italicConvert to link

 


Lilypie Fourth Birthday tickers Daisypath Next Aniversary Ticker Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers

AboutMe

  • I'm reef
  • From Kerteh New Town, Terengganu, Malaysia
  • The Last Man Standing
  • My profile

Previous posts

Archives

[Hidup Mesti Terus]

Lingkaran

Lakaran

Liputan

Lingkungan

Lembaran

Lebuhraya

Lengkapan

Lampiran

Laluan

Katakanlah





target= target=!--################################# Put your links here ############################################--_blank