==================================================
Cinta Pantai Merdeka - Tropika / Jinbara
==================================================
Telah bertahun lama
Tenggelam arus masa
Didalam ingatanku
Masih segar terasa
Terkadang aku sama
Mengancur bunga cinta
Keadaan aku memaksa
Kita terpisah jua
Andainya aku berdaya
Kan kucoretkan untukmu
Sebagai kenangan kita
Kan ku buktikan untukmu
Akan aku buktikan
( korus )
Kuukir namamu
Di awang Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Disitu tanjung dawai terkenang peristiwa
Cinta kita terurai
Oh! indahnya... peristiwa...
Cinta kita di Pantai Merdeka...
Oh... oh...
Masih ingatkah oh kekasih
Biarpun kini kau di mana
Namun dengarlah lagu ini
Cinta kita di Pantai Merdeka
p/s : Hari ini isu coklat ( Sabtu 24 Mei 2014 ) . Anda `google` lah isu tersebut. Oh minggu lelepas ( Isnin 12 Mei 2014 - Jumaat 16 Mei 2014 ) merupakan minggu yang agak eh amat sibuk. Menyiapkan perancangan `sesuatu` untuk 2015 dan 2015. Pembentangan berjalan lancar. Saya sudahlah bidan terjun sahaja tetapi Alhamdulillah sudah kental menjadi perancang. Ahad 18 Mei 2014 lepas juga berjalan lancar majlis `pot luck` di rumah kami bersama rakan sepejabat isteri tercinta. MEriah! Majlis bermula selepas jam 3 petang begitu dan tamat sekitar 6 petang. Esok harinya pula Isnin 19 Mei 2014 layan pembentangan besaran di Impiana. Lama tidak ke Impiana. Kali terakhir sekitar 2011 waktu perjumpaan `survivor-survivor` pelantar. Makan sedap. Selasa 20 Mei 2014 pula agenda setengah hari sahaja. Rasa mahu dating makan di San Francisco sahaj bersama isteri tercinta. Rabu 21 Mei 2014 santai. Khamis Mei 2014 cuti dan teman isteri. Kami pergi tukar kasut kereta di Klang! Terlalu ke NKVE dan terlalu di Pulau Indah. Memang pertama kali lalu. Dalam sejam sudah sampai ke KLANG. Kami tukar kasut depan sahaja dedua belah. Harga patut dan servis terbaik. Sudahlah ada `showroom` rim sukan 18 inchi ke atas berhawa dingin. Singgah makan di Sari Ratu. Petang hujan. Jumaat pun santai kerja tidak berapa berat.
Oh pelbagai isu masa kini. Korang `google` lah. Sudah tengah tahun. Doakan insyaAllah semua berjalan kelancaran. Terutama untuk kelahiran baby nanti. Amin. oh di manakah #MH370~
kata - kata ini hari : “Optimism means expecting the best, but confidence means knowing how to handle the worst. Never make a move if you are merely optimistic.” – The Zurich Axioms
__________________________________________________
0 Responses to “::: senam :::”
Leave a Reply