FREEDOM! FOREVER!



::: ketara :::


E-mail this post



Remember me (?)



All personal information that you provide here will be governed by the Privacy Policy of Blogger.com. More...




==================================
.Ber.Anda.
==================================

Di hujung beranda aku terlena
Semua benda ku mimpi tidak kena
Tersangkut di sini terperangkap di sana
Mencari kekuatan terbina

Dunia saat ini penuh cabaran
Hendak menolong hulurkanlah joran
Menanti penuh debaran
Namun perlu diteruskan pelayaran

Mencari jawaban yang hadir persoalan
Makin berliku kita semua berjalan
Barang yang lepas usahlah disesalan
Yang penting penuhkanlah bekalan

Sang suria tetap menyinar terang sekali
Mengharapkan agar ia kembali
Berdoa lah kita berkali-kali
Kita semua sangat peduli

Berserah dan memohon pada Yang Maha Kuasa
Kita hanya manusia biasa
Tiada yang kuat atau perkasa
Debaran itu makin kuat terasa

Tidak esok mungkin lusa insyaAllah ditemui
Kapal Terbang yang kita cari
Nekadkan semangat tingkatkan jati diri
Yakin Yang Esa membantui

2.55 Isnin24Mac2014 #pray4MH370

 

 p/s : Isnin 31 Mac 2014
Nampak gaya seminggu sekali baru dapat saya kemaskini blog. Oh hari terakhir Mac. Esok sudah April. Oh baru selesai siapkan `IPC`. Masalah `web dynpro` macam biasa dan paling biasa masalah aku yang suka lambat-lambatan. Karipap! Berguna juga `Compaq` lama itu. Hari ini santai tengahari hujan bangun tidak terlalu awal juga.

Ahad 30 Mac 2014
Bangun di Copthorne Orchid Penang! Tidur lena Alhamdulillah. Sedar di jam 5.00 pagi mat rempit berlumba laju-laju. Bangun santai menikmati pemandangan Tanjung Bungah. Jam 8.30 pagi sarapan. Sarapan menu boleh tahan ok. Yang penting `omolette`. Ada `swimming pool` tapi tidak bawa baju mandi pula. Sekitar 10.30 pagi daftar keluar sudah kami. Menyusuri ke Batu Ferringhi dan beli jeruk pak ali. Terlalu jalan pusing-pusing ke Balik Pulau. Menang naik bukit zig zag begitu. Singgah di PETRONAS Balik Pulau beli alas perut. Dekat pukul 1.00 tengahari tiba di Queensbay Mall. Macam biasa letak kereta di `vallet`terus masuk pusat beli belah. Makan beramai-ramai di Nando`s. Alhamdulillah burpp. Dekat jam 4.00 petang bertolak pulang. Melalui jambatan kedua. Oh mengantuk sampai daku terlena. Solat jamak di RNR Gurun dan minum petang sekitar 5.30 petang. Teruskan perjalanan dan tiba di Kangar sekitar 8.00 malam.

Sabtu 29 Mac 2014
Pagi rehat santai. Sempat beli barang `baby` di Arau. Petang kita ke Pulau Mutiara! Perjalanan bermula dalam 5.15 petang tetapi hanya tiba di tol Alor Star jam 6.45 petang. Sesak sungguh. Dalam lebuhraya tidak berapa sesak. Dalam 8.30 kami makan-makan di Butterworth dahulu. Nasi Kandaq. Lepas tu ke Batu Kawan cari Jambatan Kedua. Memang agak jauh dan panjang. Cantik pemandangan malam. Sekitar 9.30 malam kami sudah di Pulau. Malam agak sesak dengan hujan mulai turun. Sekitar 10.30 malam kami tiba di tempat penginapan di Copthorne Orchid Penang. `Check in` berjalan lancar dengan bilik kami di lantai 17 pak! Bilik ok `nice` tidak berapa `old school`. Yang penting ada LCD TV! Lain `basic` sahaja cuma tidak ada berus gigi dan ubat gigi. Kami sudah bawa awal-awal. Oh malam lena dapat tidur katil king!

Jumaat 28 Mac 2014
Santai sahaja. Petang cari cendol habis maka minum air kelapa + laksa sahaja. Lepas itu ke rumah Tok!

Khamis 27 Mac 2014
Hari yang kelam kelibut. Bangun jam 6 pagi isteri tercinta ada ACD. Jam 6.45 pagi hantar Alyaa rumah nenek. Sampai awal 7.45 pagi di KLCC sempat makan pagi dengan isteri tercinta di tingkat empat KLCC. NAsi lemak + telur setengah masak + kopi~ KErja macam biasalah. Tengah hari sempat ke fisioterapi kejap. PEtang jam 4.oo sudah pulang. Baru mahu kemas dan 5.55 petang baru bertolak dari BTHO. Dengan pakcik Karim tersasul jalan lagi. MEncabar sekali! Sempat `check in` dan delay pula 8.45 malam baru terbang. Sampai 10.00 malam begitu. Makan dahulu saya ambil nasi goreng tomyam sedap juga walaupun pedas. 12 tengah malam begitu sampai terus ketiduran!

Rabu 26 Mac 2014
Kerja macam biasa. Huh!

   

 kata - kata ini hari : “Keep your face to the sunshine and you cannot see the shadow.” – Helen Adams Keller

 

laman web hari ini : Bitter Sweet OF My Life

  __________________________________________________


0 Responses to “::: ketara :::”

Leave a Reply

      Convert to boldConvert to italicConvert to link

 


Lilypie Fourth Birthday tickers Daisypath Next Aniversary Ticker Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers

AboutMe

  • I'm reef
  • From Kerteh New Town, Terengganu, Malaysia
  • The Last Man Standing
  • My profile

Previous posts

Archives

[Hidup Mesti Terus]

Lingkaran

Lakaran

Liputan

Lingkungan

Lembaran

Lebuhraya

Lengkapan

Lampiran

Laluan

Katakanlah





target= target=!--################################# Put your links here ############################################--_blank