FREEDOM! FOREVER!



::: ziarah :::


E-mail this post



Remember me (?)



All personal information that you provide here will be governed by the Privacy Policy of Blogger.com. More...



=====================================
Joget Dimanalah Jodoh
Ali Mamak + Abon
=====================================

Apa dah jadi
Apa dah jadi
Sampai sekarang tak kahwin lagi
Apa nak jadi
Apa nak jadi
Kalau tak kahwin kau menyesal nanti
Apa dah jadi......

Ali Mamak : Mula-mula ku bercinta dengan Siti Zaharah
Abun : Lah...Melayu...
Ali Mamak : Kau ingat siapa?
Abun : Tak der lah...
Ali Mamak : Yang ini aku tak berapa berkenan
Abun : Kenapa?
Ali Mamak : Sebab dia kuat mentedarah
Abun : Lah selera tengah ada biorkan...
Ali Mamak : Cakap kau senanglah kalau sakit siapa susah

Ali Mamak : Bercinta pulak dengan si Salmah
Abun : Oh..sedap namanya tuh
Ali Mamak : Jangan puji dulu kau tak tahu dia...
Ali Mamak : Dia minta izin keluar pagi sampai ke malam tak balik rumah
Abun : Lah...macam tu?
Ali Mamak : Baru kau tau..
Ali Mamak : Kulepaskan sudah...
Abun : Alah sikit benor silapnya..

Apa dah jadi
Apa dah jadi
Sampai sekarang tak kahwin lagi
Apa nak jadi
Apa nak jadi
Kalau tak kahwin kau menyesal nanti
Apa dah jadi......

Ali Mamak : Bercinta pulak dengan anak Pakcik Hamdan
Abun : ha...harap-harap jadilah
Ali Mamak : mudah-mudahan lah...
Ali Mamak : Aku dengor suranya sekejap kecik sekejap besor
Abun : eh..kenapa jadi macam tu?
Ali Mamak : Baru kutahu rupanya makweku pondan
Abun : Ha...padan...pilih yang asli yang itu kenapa dicari
Ali Mamak : Yelah..mana aku tahu nak jadi
Abun : Pilih sangat..

Ali Mamak : Bercinta pula dengan si Yati
Abun : Emm..tak nak komen apa-apa
Ali Mamak : Hari ini aku berjanji sehidup semati
Abun : hem..hem..
Ali Mamak : Kau tahu..
Abun : Tak tahu...
Ali Mamak : Besok pagi rupanya betul-betul dia mati
Abun : Loh...pendeknya umur kena mandi bunga ni..
Ali Mamak : Giler apa kau ni orang dah mati nak mandi bunga buat apa?
Abun : Yang hidup...
Ali Mamak : Oh..yang hidup
Ali Mamak : Hai..sunyilah sepi....

Apa dah jadi
Apa dah jadi
Sampai sekarang tak kahwin lagi
Apa nak jadi
Apa nak jadi
Kalau tak kahwin kau menyesal nanti
Apa dah jadi......

Ali Mamak : Bercinta pulak dengan budak Tanjung Keling
Abun : Uuhh...jauh tu...
Ali Mamak : Jauh mana
Abun : Luar negara
Ali Mamak : Apa pulak luar negara...Melaka
Abun : Ohh...Bandar bersejarah...
Ali Mamak : Tau..pun datanglah Melaka
Abun : Ha...Mari lah ber...
Ali Mamak : Aku tengok dari belakang pinggangnya ramping
Abun : Lah...nak kahwin tengok pinggan?
Ali Mamak : Pinggan apa pulak...pinggang....
Abun : Pinggang..
Ali Mamak : Bila dia pusing kutengok matanya juling
Abun : Juling apa?
Ali Mamak : Juling itik
Abun : Eh...oklah tu..
Ali Mamak : Apa pulak oknya pulak?
Abun : Yang nak kahwin bukannya mata
Ali Mamak : Oh tak yer..juga yer...

Ali Mamak : Bercinta pulak dengan budak Tangkak
Abun : Aduh...merajuk sampai ke Pulau Pinang
Ali Mamak : Apa pulak Pulau Pinang Tangkak kan dekat Johor...Buta sejarah betulla...
Abun : Ha...yalah...
Ali Mamak : Yang ini pulak aku panggil dua tiga kali dia tak menyahut...
Abun : Kenapa
Ali Mamak : Baru aku tahu rupanya makwe tu pekak
Abun : Pekak apa?
Ali Mamak : Pekaklah...badak
Abun : Aduh maksimumnya pekak...
Ali Mamak : ha...tu masalahnya...

Apa dah jadi
Apa dah jadi
Sampai sekarang tak kahwin lagi
Apa nak jadi
Apa nak jadi
Kalau tak kahwin kau menyesal nanti
Apa dah jadi......

Ali Mamak : Bercinta pulak dengan budak Simpang Renggam
Abun : Wah...masih kat Johor lagi
Ali Mamak : Masih kat johor lagi, rezeki kat sana menjadi
Ali Mamak : Tapi sayang mak bapaknya tak suka
Abun : Eh...yang nak kahwin anaknya bukannya dengan bapaknya
Ali Mamak : Dia kata tak nak menantunya hitam legam
Abun : Ha...ni yang aku marah ni...yang dia tu putih sangat ke?
Ali Mamak : Yang kau marah pasal apa bukannya kau....
Abun : Kawan....

Ali Mamak : Susah-susah sangat nikahnya budak Telok Gadung
Abun : Kalau itu tadi lagi dah kahwin dah...kan sekampung...senang...
Ali Mamak : Yang hairannya aku bernikah lima tahun tak dapat anak,
Abun : Dah nasib nak buat macam mana?
Ali Mamak : Mak mertua aku je yang asyik mengandung
Abun : Loh...kenapa jadi macam tu...
Ali Mamak : Itu pun kau nak tanya aku, cuba dari tadi kau tanya macam tu kan elok...
Ali Mamak : Aku jugak yang melopong...

Apa dah jadi
Apa dah jadi
Sampai sekarang tak kahwin lagi
Apa nak jadi
Apa nak jadi
Kalau tak kahwin kau menyesal nanti
Apa dah jadi......

Ali Mamak : Itulah mak aku dah pesan...
Abun : Saper...?
Ali Mamak : Mak aku...
Abun : Apa dia...
Ali Mamak : Dia kata apa
Abun : Mana aku tahu mak kau pesan bukannya mak aku
Ali Mamak : Ha..dengor sini, apa pun rintangan, apa pun halangan, apa pun cabaran...dia kata...
Sabarlah....Ali....

 

 p/s : Ahad 23 Mac 2014
Bangun pagi macam hendak demam sahaja rasa. Makan panadol. Hari ini isteri tercinta masakkan Omolette dengan karipap. Nyummm. Tengahari santai sahaja. Makan tengahari di Gulai Panas sebelum ke AEON. Beli - belah di AEON bersama - sama isteri cinta dan Alyaa. Ramai orang di sana. Alhamdulillah masuk sahaja ada tempat letak kereta berhampiran pintu utama. Masuk sahaja pintu utama disambut pameran kereta Nissan Almera. Nissan Almera merupakan kereta `sedan` permulaan yang baik. Terus kami ke bahagian `supermarket`. Air mineral AEON boleh dikatakan murah dengan 1.5 L RM 0.89 sahaja. Lepas itu macam biasa Alyaa main kereta goyang-goyang depan FOS. Kemudian ke AEON atas pula beli-belah. Beli cadar baru! Sebelum pulang beli JCO Donut. Saya beli untuk saya yang kosong sahaja begitu. Malam santai layan FROZEN. Seronok PRK KAJANG sudah berakhir. Kembali seperti biasa.

Sabtu 22 Mac 2014
Pagi-pagi teringin nasi dagang. Ke gerai nasi dagang banyak lagi tetapi tiada sudah lauk ayam. Maka lauk ikan pun bolehlah. Sedap! Oh tengahari sedikit ke Bangi hendak carian barang. Sudah tersilap ingat jalan pendek tapi lalu pula kawasan kempen di Kajang. `Back to square one`. Lepas itu lalu pula Mines sesak pulalah sedikit. Sampai Bangi terus cari tempat makan! Kami mencuba - cuba makan di Nuin Cafe. Kedai makan ala-ala Perak katakannya. Saya makan mee kari manakala isteri tercinta makan nasi goreng. Saya ambil air kelapa laut dan isteri saya ambil oren perahan segar. Sedap! Kami order juga pengat pisang dan sago Melaka. Alhamdulillah. Semua ok tapi mungkin lain kali cuba menu lain pula. Lepas itu ke MANJAKU Baby Centre. Mana mahu mula ya ? Mulakan dengan `listing down`. Sudah beli beberapa barangan. Kemudian 5 lebih minum petang pula di Bangi Kopitiam di Bangi. Rindu sebab dahulu ada Bangi Kopitiam di BTHO namun tutup pula sudah. Mungkin kos sewa meningkat. Kopi dan makanan Bangi Kopitiam memenuhi selera kami. Malam santai layan filem `Captain Philips` di ASTRO BEST. Kisah berkisar tentang sebuah kapal kontena MAERSK Alabama yang ditawan lanun dari Somalia. Kisah ini kisah benar! Perjalanan cerita bagaimana helah Captain Philip dalam menangani lanun dan sehinggalah tentera Amerika Syarikat selamatkan Captain Philip tersebut. Memang menarik dan berbaloi-baloi. Lakonan hebat Tom Hanks yang sudah `senior`.

Jumaat 21 Mac 2014
Sambung buat laporan. Alhamdulillah tengahari ada makanan `extra` mesyuarat di `pantry`. NAsi AYam PEnyet! Makan lepas solat. Solat di T1 macam biasa. Sempat beli-belah anggur dan mangga. PEtang agak lewat pulang dan ambil Alyaa dari rumah nenek kerna kurang sihat . Malam makan di Gulai Panas dan berehat.

Khamis 20 Mac 2014
Sambung buat laporan. Laporan yang memerlukan kesabaran.

Rabu 19 Mac 2014
Pukul 9.40 pagi berjalan ke Corus Hotel. Ada penerangan tentang Perancangan Perbelanjaan dan Perbendaharaan. Majlis dari 10 - 11.30 begitu. Petang pula ada temujanji dengan Dr Yap. Alhamdulillah semua ok kata Dr Yap. Syukur. Cuma krim MEBO tiada stok maka tidak tahu krim apa pula selepas ini. Oh la laa laaa.

Selasa 18 Mac 2014
Mula buat laporan. Agak perlahan. Agak tidak laju. Agak-agak. Mulakan enjin saya. Beli pretzel untuk tengahari. Makan nyum-nyum.

Isnin 17 MAc 2014
Pagi mesyuarat. Petang pun mesyuarat yang dirancang tetapi saya yang lewat dijemput-jemput. Beri sessi berkongsi maklumat dengan VP dan pengurusan lain. Alhamdulillah berjalan lancar juga!
Malam miong~ Oh atas sekali lagu kelakar dari ALI MAMAK dan ABON!

   

 kata - kata ini hari : “Mental attitude is more important than mental capacity.” – Walter Dill Scott

   

 laman web hari ini : Budu Bilis BLOG

  __________________________________________________


0 Responses to “::: ziarah :::”

Leave a Reply

      Convert to boldConvert to italicConvert to link

 


Lilypie Fourth Birthday tickers Daisypath Next Aniversary Ticker Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers

AboutMe

  • I'm reef
  • From Kerteh New Town, Terengganu, Malaysia
  • The Last Man Standing
  • My profile

Previous posts

Archives

[Hidup Mesti Terus]

Lingkaran

Lakaran

Liputan

Lingkungan

Lembaran

Lebuhraya

Lengkapan

Lampiran

Laluan

Katakanlah





target= target=!--################################# Put your links here ############################################--_blank