======================================
Rio - Layu Di Hujung Mekar
======================================
Haruskah ku terus melayani perasaan
Meski pun ku tahu itu hanyalah khayalan
( 1 )
Cintaku padamu haruskah aku teruskan
Kerana ku tahu dirimu sudah berteman
Tiada ertinya
Apakah akhirnya percintaan
( 2 )
Pohon cinta yang dulu mekar berbunga
Kini tandus tiada bermaya
Bunga cinta yang dulu mekar mewangi
Kini layu di pusara bumi
Tidak mungkin kembang lagi dan berseri
( ulang 1 )
( ulang 2 2X )
p/s : Ahad 2 Mac 2014
Bangun pagi awal juga. Selepas itu ketiduran semula. Lepas itu pula makan. Santai sahajai ini hari Ahad. Petang ke AEON Cheras Selatan sebab cerek elektrik sudah kena masuk bengkel. Mak oi ramai orang sungguh amat di AEON. Semua kedai makanan penuh dengan manusia. Kami makan di Kenny Rogers Roaster. masuk KRR mesti makan ayam! Cuba chicken mushroom soup dia sedap juga. Ambil juga air VERY BERRY. Ok gak. Lupa pula sebelum itu basuh baju dahulu jam 11.00 lebih. Macam terlupa letak sabun sahaja! Lepas makan pula cari cerek di AEON Electrical. Pilih punya pilih, kami pilih ELBA. Harga patut begitu. Tapi tidak besar sangat 1.2 L. Konon mahu cari UNIFI tetapi kena `check` dahulu `line` ada ke tidak. Hendak pulang tetapi tengok hujan lebat sungguh!Tunggu kejap sebelum pulang. Memang sesak mahu keluar terutama kalau `parking` di atas. Malam bungkus di Gulai Panas kerana Risya tutup sudah.
Sabtu 1 Mac 2014
Selamat datang MAc! Selamat tinggal Februari. Sob sob sob. Bangun awal juga kerana ada latihan renangan terakhir untuk Alyaa punya kelas. Terlambat tetapi pergi juga. Semua sudah berenang maka Alyaa tidak berani untuk berenang. Selesai pula kami pergi merasmikan Cheras Sentral yang dahuluinya dikenali Phoenix Cheras. Isteri tercinta beli kasut di CR2. Semua pun baru amat! Lepas itu minum kopi pula! Kedai apa tah yang di bawah TheLoaf. Lepas itu pusing-pusing Cheras Sentral pula. Pergi FOS beli baju Alyaa. Lepas itu beli-belah di DIY. Memang murah! Beli tempat letak perkakasan tukul dan lain-lain. Jumpa pula kedai DVD jual cerita Now You See Me. Kemudian ke Jaya Grocer. MEmang `heaven`! Macam-macam kami borongan. Balik pula terus basuh kereta yang dekat 2 bulan tidak basuhan. Uhuks. Petang isteri tercinta buat roti pizza dan kepok lekoq. Syukur! Malam macam mahu layan 100 days with Mr Arrogant tetapi tiada subtitle pula :(
kata - kata ini hari :
Most of the time... when you're crying, nobody notices your tears. Most of the time... when you're worried, nobody feels your pain. Most of the time... when you're happy, nobody sees your smile. But when you fart just one time... Anonymous -
__________________________________________________
0 Responses to “::: kinta :::”
Leave a Reply