===============================
Disaat Sendiri-Dadali
===============================
Hari demi hari telah ku lewati
Tak pernah aku bersamamu lagi
Tak pernah aku menduga
Kau akan pergi tinggalkan aku
Jauh kau pergi tinggalkan diriku
Sepi hati ini membunuhku
Ku coba untuk cari penggantimu
Namun tak ada yang sepertimu
Rindu aku, sangat rindu kamu
Terasa sejak kau masih ada di dekatku
Tak mudah aku melupakan dirimu
Di saat aku terbangun dari tidurku
Rindu aku, sangat rindu kamu
Terasa sejak kau masih ada di dekatku
Tak mudah aku melupakan dirimu
Di saat aku sendiri
p/s : Rabu 26 Februari 2014
2 hari lagi akan tamat Februari. Ini hari tidak berapa awal. Sampai 9.00 lebih. Makan roti di dalam kereta. Sampai di pejabat makan nasi goreng kampung dalam jam 11.00 pula. Perancangan kerja sahaja. Dekat jam 1.00 pula pergi fisioterapi di hospital. Gunakan ubat sapu baru. Lepas itu ke klinik doktor pinta untuk perskripsi pula namun kena jumpa doktor pula. Lepas itu tapau roti tarek kemudian bersama kopi ais. Kemudian ke LHDN minta penjelasan kenapa ada itu ini. Lama juga tunggu giliran kami. 15 minit juga diberikan penerangan dan berpuas hati. Sempat `dating` di VIVA dan beli-belah di sana sekejap. Malam bungkusan di Umi dan hantar dobi. Tertinggal pula beg Alyaa lepas makan ambil.
Selasa 25 Februari 2014
Datang awal walau ngantuk. Ada mesyuarat video lintas langsung dengan pehak Sarawak. Sampai tidak berapa awal maka ambil kerusi daripada `pantry`. Bermain-main dengan mek el sambil mesyuarat. Ada nasi goreng percuma! Petang sibuk juga dengan kerja. Malam basuh baju dengan jaya dan berpeluh-peluhnya. Uhuks. Penat juga malam tadi belum habis lagi.
Isnin 24 Februari 2014
Sessi OSR MS di Kerteh! Pagi macam hendak demam. Makan panadol paksaan sihatkan diri. Alhamdulillah makin segar. 815 pagi bertolak ke PMO jam 830 sampai. Parking jauh di tepian ECRO. ECRO tengah `renovation`. Jumpa Hazeem waktu nak masuk ke lobi. Teringat kenangan di PMO. Sob9. Sessi kami di PFA `Meeting Room`. Macam biasa 930 bermula. Ramai juga datang. Ramai sahabat dan teman taulan lama sahaja. Tapi kini `outsider`. Sessi kedua pula 1030 dan tamat dekat 1200. `standby` sahaja untuk LT. Petang baru LT. LT pengurusan yang bentangkan kes maka saya dan Latif jadi pemerhati. Lepas LT `team meeting`. 5 lebih pulang dan 620 petang begitu bertolak dari RW Kijal. Singgah beli kepok lekor, sata dan otak-otak di Aziz Sata. Sedap! Beli kepok lekor makan terus begitu. PErjalanan dari TOL Jabor bermula 7.23 malam. Sampai TOL Karak dalam 9.01 malam. 1 jam 40 minit sahaja begitu. Alhamdulillah perjalanan tidak mengantuk. Segar bugar. Cuma dekat Genting Sempah macam bunyi pelik maka kami rehatkan enjin. Sejuk wooo Genting Sempah. Lepas itu ok sudah bunyi dan bawa hati-hati. Lepas TOL Jabor Alyaa sudah lenaan penat. Mandi `pool` lepas itu petang `bath tub`. Beli McD sahaja di KL.
Ahad 23 Februari 2014
Bangun sejuk-sejuk di Vistana. Seronok Hotel Vistana! Malam tadi tengok cerita The Darkest Hour. Lepas Subuh tidur semula kejap sampai dekat jam 900 pagi. Sarapan lepas itu layan Alyaa mandi `pool`. Macam nak masuk `pool` tapi macam tak best pulop :P. Sarapan ok lah tidak banyak sangat macam Quality Hotel. Lepas mandi lepak-lepak dekat 12.15 baru `check out`. PErgi ke Berjaya Megal Mall. Alyaa makan penkek tendu dia mahu makan. Lepas itu alas perut di Pizza Hut tapi tidak makan Pizza pun. Makan selain. Sedap juga mexican roll dia. Isteri tercinta ambil Tempura Udang dan ayam. Lepas itu beli belah cucian mata di Parkson. Jumpa sendal jam yang dicari. Alyaa beli mainan mesin jahit, seterika dan sangkut baju. Lepas itu jumpa kedai jam pula beli jam dinding cantik dan harga menarik. Dekat 4.15 petang juga baru bertolak dari Kuantan. Lepas Swiss Garden semua tidur bawa relaks - relaks sahaja. Sampai RW Kijal dalam 530 petang. Dapat bilik katil king dan TV LCD ! `no more` TV kotak. Lepas jamak teman Alyaa buat `castle` tepi laut. Ombak kuat maka kami main jauh-jauh. Seronok Alyaa! Sejuk angin laut buat aku macam hendak demam sahaja. Malam makan malam di Muara sana. Isteri tercinta hendak makan ketam tapi tiada pula. sob9. Makan sotong goreng tepung, kailan ikan masin dan udang pedas. Beli 100plus sebab tidak tahan dengan panadol di PETRONAS depan RW Kijal. Beli juga borongan air.
Tidur lena!
Sabtu 22 Februari 2014
Bangun awal pagi ke Kuantan kenduri Along. Bertolak 8.30 pagi . Busu Ana ikut sekali. Peluh-peluh hendak bersiap siaga. Singgah makan roti canai di Melawati. Kenyang dan teruskan perjalanan. Masuk tol dalam 10.00 pagi dan tiba di TOL Kuantan dalam jam 12.00 tengahari. Terus ke tempat kenduri di Beserah. Sempat kejar konvoI pengantin jam 1.00 tengahari. Makan beradab begitu. Selamat Pengantin Baru Nurul! Dekat jam 3.00 semua pulang dan kami bertolak daftar masuk ke Hotel Vistana yang kini milik YTL. Seperti dijangka hospitaliti walau bilik agak tidak besar. Petang santai kemudian jam 6.00 petang sempat ke Telok Chempedak. Ramai orang! Macam Padang Besar. Alyaa beli `key chain` `skateboard`. Lepas itu terus ke Tanjung Lumpur makcik Ina kawan mak belanja. Ada emak,nenek,cikdid dan busu ana. Makan besar! Lepas itu balik hotel sejukkan diri tidur!
kata - kata ini hari : Start where you are. Use what you have. Do what you can. –Arthur Ashe
__________________________________________________
0 Responses to “::: hampar :::”
Leave a Reply