Lagu Askar Wataniah
Ini satu harapan
Dari barisan sukarelawan
Penuh semangat dan keyakinan
Berdiri sebagai pahlawan
Mari muda dan mudi
Sahutlah seruan pertiwi
Tak kira keturunan ataupun bangsa
Berkhidmat dengan bangganya
Kami sukarelawan
Juga sukarelawati
Kami rela berhadapan
Berundur tak sekali-kali
Ini azam dan janji
Menjadi satu sumpahan kami
Taat dan bersedia setiap masa
Berkhidmat untuk negara
p/s : Jumaat 20 September 2013
Hari ini isteri tercinta cuti kerana petang ingin bertemu adik ipar yang akan kembali ke Jordan seterusnya menemani ibu dan ayah mertua pulang ke Kangar . Pagi - pagi kami bangun awal dan lepas itu melawat kedai lampu . Namun tiada pula lampu menarik dengan Alyaa yang hangat macam nak demam . Tengahari agak demam sikit suhu naik bagilah makan ubat demam . Dekat 2.50 petang kami bertolak ke KLIA melalui Putrajaya - Sepang . Alyaa lena sahaja di dalam kereta. Dekat 3.50 petang sampai KLIA . Ramai sungguh orang sampai beratur untuk menaiki lift. Jumpa adik ipar, tok wan dan tok mama Alyaa. Solat Asar kemudian makan-makan di Food Garden. Saya pesan teh tiga lapisan dengan roti sahaja . Lain tidak tahu ingin makan apa. Teman wifey check in kemudian dalam 6.50 petang pulang ke rumah. Saja lalu PLUS sebab lama x `skying` . Sesekali tekan minyak. Namun hati-hati paling utama sekali. Tapau daging goreng kunyit sebab nasi putih ada lagi. Malam santai sahaja merindui isteri tercinta.
Sabtu 21 September 2013
Hari ini ada temujanji di Klinik Dr Yap . Macam biasa sarapan roti dengan teh bukan tarek . 9.30 pagi bertolak 10.05 sudah sampai . Boleh buka setengah `stitches` tapi ada lagi sikit kena tunggu Isnin ini sebab ada yang belum kering. Tidak ramai hari ini di PCMC macam lengang sahaja . Siap cuci semua balut `neck collar` macam biasa . Huha . Macam nak makan kek tapi tiada kek menarik di CBTL dengan x best makan sensorangs . huhuhuhu. minum teh tarek TAREK CAFE dgn roti cinnamon raisin . Kegemaran baru itu tau. Kemudian singgah AEON cari ole-ole untuk goodies beg untuk birthday Alyaa. Beli juga sikit alatan tulis saya . Agak hangat hari ini cuaca . Kena minum air banyak amat. Tapau di Gulai Panas sahaja sebab mak dan abah ada jemputan makan di taman ini. Dalam 4.30 petang lori TBM sampai hantar pendingin hawa, pemanas air dan oven. InsyaAllah moga dimudahkan urusan. Huha. Ini sekarang tengah tulis blog konon pepanjang. Oh lala ~
kata - kata ini hari : The best revenge is massive success. –Frank Sinatra
__________________________________________________
0 Responses to “::: pertiwi :::”
Leave a Reply