==============================================
Prosa Air Mata
==============================================
Bahawasanya air mata
tiadalah ia memilih tempat untuk jatuh…
tidak pula memilih waktu untuk menitis…
Air mata adalah kepunyaan bersyarikat…
dipunyai oleh orang-orang melarat yang tinggal
di dangau-dangau yang buruk oleh tukang sabit yang masuk
ke padang yang luas dan ke tebing yang curam,
dan juga oleh penghuni-penghuni gedung-gedung yang permai
dan istana-istana yang indah.
Bahkan di situ lebih banyak orang menelan ratap dan memulas tangis.
Luka di jiwa yang mereka hidapkan, dilingkung oleh tembok dinding
yang tebal dan tinggi, sehingga yang kelihatan
oleh orang luar atau yang mereka ketahui hanya
senyuman saja,
padahal senyum itu penuh dengan kepahitan
~ Usman Awang ~
p/s : Isnin 9 September 2013
Esok eh lusa akan alami pembedahan `plastik` kedua . Ya insyaAllah dengan izin Allah moga berjaya dan dipermudahkan . Mahu kembali seperti sediakala tanpa `pressure garment` . Hampir 3 tahun saya memakai `pressure garment` dan sudah sebati dengan muka saya ini . Memakai `PG` pun boleh pusing seMalaysia . Cuma parut tangan tiada buat apa-apa rasanya sudah . Parut muka sahaja . Oh minggu depan Farhana akan kembali ke Jordan . Tahniah adik ipar saya Ami atas kelahiran `baby` . Selamat menjadi bapa !
Oh teringat masa nak jadi bapa . DRive all the way dari KL - Alor Star dalam masa 4 jam begitu . Solat Zohor di hospital kemudian Solat Hajat . Petang baby Alyaa lahir dan pertama kali azankan . Pegang sangat `fragile` time itu . Kini nak masuk 4 tahun sudah . SEminggu juga di kampung sebelum pulang ke Kerteh . Cabaran bermula bila habis pantang dan isteri tercinta jua Alyaa kembali ke Kerteh . Huhuhuhu . Itu ini begitu begini namun mematangkan kami .
Oh `business` / pekerjaan . Saya bukan peniaga lagi . Ayah saya sudah pencen baru berniaga sedikit-sedikit . Sebelum ini fokus pekerjaan . Semuanya setelah mendengar ceraman Dr Azizan Osman . Pakar motivasi perniagaan . Bila lah berkesempatan mendengar ceramah dia ini . Tadi dengar sedikit ceramah Dr Asri tentang isu nama kalimah Allah . Faham juga dan mari kita tingkatkan keimanan kita ini semua .
kata - kata ini hari : Strive not to be a success, but rather to be of value. –Albert Einstein
__________________________________________________
0 Responses to “::: ternak :::”
Leave a Reply