============================
M. Nasir - Duit!
============================
Ada yang panggil ringgit
Ada yang panggil dollar
Ada yang panggil baht
Ada yang panggil rupiah
Semua ini duit
Bikin orang belit
Duit! Duit!
Di mana kau duit
Duit! Duit!
Hutangku membukit
Ada yang benci duit
Ada yang cinta duit
(bikin perut buncit)
Skandal sana sini
Punca juga duit
Cari duit halal
Agar jangan kesal
Duit!
Duit beli duit
Duit!
Buat beli cinta
Ramai orang yang berkata
Duit punca banyak dosa
Jangan sampai makan rasuah
Nanti bangsa jadi musnah
Zaman ini zaman duit
Tak ada duit diri tercepit
Tapi jangan jadi hamba duit
Nanti musnah diri sendiri
p/s : Jumaat , 27 September 2012 . Hari Belanjawan 1Malaysia . Seperti dijangkaan , BR1M 2.0 pula diteruskan . Tidak apa bagus itu bukan . Yang lain - lain boleh dibaca di surat khabar besok . Memang tidak akan dapat memuaskan hati semua orang . Cuma saya mungkin tidak larat melihat berita dan surat khabar seharian dicanangkan segala yang XXX1M itu sehinggu PRU . Walau dapat duit itu , itu duit dari rakyat juga . Moga rakyat dapat masih `check` dan `balance` pada PRU nanti . Middle-Ton still the same . Chewah berbahasa Inggeris . Waktu saya sekolah saya ingat dari tingkatan satu hingga tingkatan lima kami di SBP diberikan subsidi . Hanya cuma perlu membayar RM 1 sahaja sehari dan beberapa yuran . Selebihnya ditanggung kerajaan . Cuba bayangkan RM 1 waktu 1995 - 1999 cuma boleh dapat nasi goreng + telur goreng . Kini RM 1 cuma dapat teh O panas sahaja . Sudahlah waktu itu di SBP , makan sehari sarapan , minum pagi , makan tengahari , minum petang , makan malam dan makan sebelum tengah malam ! Apa yang saya ingin katakan ialah dari dahulu kerajaan membantu tapi secara tidak nampak secara monetari . Kini ia jalan pintas dengan memberikan sederap wang kepada rakyat . Ya bukan tidak bagus cuma moga yang dapat bantuan gunakan sebaik - baiknya . Ramai lagi yang susah di luar sana . Waktu saya sekolah tingkatan satu di SDAR , sahabat saya dari Kampung Menumbok , Sabah hendak beli selipar pun tidak mampu . Tingkatan dua di pulang ke Sabah kerana tidak mampu meneruskan pelajaran di sini . Oh apakah topik ini !
Esok ada misi belanjawan penting juga ! Moga Allah mudahkan !
kata - kata ini hari : “Insanity is doing the same thing, over and over again, but expecting different results.”
― Albert Einstein
__________________________________________________
0 Responses to “::: takal :::”
Leave a Reply