Apa kau fikir
Apa dalam kepala
Cubalah kita berzikir
Dapat juga pahala
Apa kau buat
Nabi kita dihina
Kita semua kena kuat
Islam sejati kita bina
Apa kau kata
Ini masalah aku
Kita kan duduk sama kota
Sama cari rezki masuk saku
Apa kau cari
Masih belum jumpa
Aku nampak engkau berlari
Sampai tujuan terlupa
Apa kau nyanyi
Sumbang tak terbayang
Malam biarlah sunyi
Biar angin bayu bergoyang
Apa kau makan
Sudah tengah malam
Oh makan dengan rakan
Sambil mengenang kisah silam
Apa yang kau risau
Esok ada kerja
Mari asah pisau
Potong bawang atas meja
Apa apa pun
Aku sudah menguap
Mana selipar jepun
Semua kena bersiap
Jumaat 21 September 2012
p/s : Idea datang pula . Baru layan cerita `Cun` di komputer riba . Lakonan Remy Ishak dan Maya Karin . Ok menarik dan terhibur . Karya Osman Ali . Mari muat turun lagi cerita . Sudah Jumaat . Banyak belum terlaksana . Sungguh banyak . InsyaAllah cuba langsaikan mana boleh . Malaysia Boleh !
kata - kata ini hari : “The true soldier fights not because he hates what is in front of him, but because he loves what is behind him.”
― G.K. Chesterton
__________________________________________________
0 Responses to “::: jujur :::”
Leave a Reply