==============================================
Alleycats - Layang-layang Terputus Talinya
==============================================
Berarak mendung kelabu
Mengekori langkahku
Sepanjang kehidupan
Penuh dugaan
Namun aku tetap aku
Kucuba dan terus mencuba
Mencapai suria
Walau membakar jiwa
Walau aku dihina
Namun aku tetap aku
Derita oh derita
Engkau di mana-mana
Walaupun jauh aku berlari
Mahupun berdiam diri
Namun indah mimpi dari realiti
Hidupku tanpa arah
Bagaikan layang-layang
Terputus talinya
Tapi pasti suatu hari nanti
Sinar suriakan menjelma
p/s : Alhamdulillah dah selamat sampai tanah besar dari kepulauan Borneo . Ada tugasan sedikit dari 15 Feb 2012 sehingga 17 Feb 2012 . Ini kali ketiga saya sampai ke Sabah . Kali pertama sewaktu ada mesyuarat di Hotel Le Meridian tetapi menginap di Hotel Hyatt kerana Hotel Le Meridian sudah penuh . Kali kedua pula untuk kem pupuk semangat pemuda - pemudi eksekutif syarikat saya dan dapat tinggal di Le Meridian . Kali ketiga pula untuk bengkel pemantapan aset di Hotel Palace dan saya memilih untuk menginap di sana . Gambar hotel dan bilik seperti di bawah .
Hotel ini merupakan hotel tiga bintang dan mempunyai kemudahan WiFi , restoran , kolam renang dan lain - lain . Saya menaiki pesawat MAS bertolak jam 8.10 malam dan tiba di Kota Kinabalu sekitar jam 10.40 malam . Sepanjang perjalanan agak sempit duduk di kerusi tengah - tengah . Pesawat agak bergoyang kerana cuaca yang agak kurang elok . Pesawat MAS seperi di bawah .
Pada hari kedua sahaja baru saya sempat ke pasar Filipina di tengah kota Kinabalu membeli belah ole - ole dan makan ikan ! Sama sahaja bandarnya seperti 5 tahun dahulu saya tiba . Gambar seperti di bawah .
Pada hari ketiga saya hanya makan malam di hotel kerana tiada tempat makanan menarik di kompleks membeli - belah di hadapan hotel . Kompleks beli - belah di sana seperti di bawah .
Pada hari Jumaat kami habis awal pula sekitar jam 11.00 pagi . Tunggu sehingga jam 12.20 tengahari kemudian kami dibawa solat Jumaat sebelum dibelanja nasi beriani . Terima kasih ! Jam 2.30 petang lepas Jumaat saya dan kawan berbelah bagi hendak terus ke lapangan terbang atau pergi singgah di pusat membeli - belah . Kami memilih untuk mencuba mungkin ada kekosongan pada penerbangan lebih awal kerana penerbangan kami pada jam 6.50 petang ! Tiada rezeki kerana tiada penerbangan kosong . Habis semua kedai di Lapangan Terbang Kota Kinabalu kami masuk . Saya membeli ole - ole untuk Alyaa dan isteri tercinta . Melihat sahaja kami penerbangan jam 5.30 petang berlepas . Adeh . Sempat melihat mentari terbenam kerana Maghrib awal di sana . Kami masuk ke dalam jam 6.30 petang dan kapal terbang bertolak sekitar 8.10 malam . Syukur dapat tempat duduk di tepi tingkap maka boleh lega sedikit lapang . Sedap dapat minum Nescafe atas penerbangan ! Tiba di lapangan terbang KLIA jam 9.40 malam . Ambil beg dan terus solat jamak Maghrib dan Isyak . Penerbangan KL - KK mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit . Saya ambil teksi tapi dapat kereta Toyota Innova sebab teksi tidak cukup . Toyota Innova memecut 40 minit sahaja sudah sampai ke rumah . Alyaa belum tidur tetapi isteri saya sudah . Beberapa gambar di bawah . Sekian cubaan `travelog` Sabah saya !
kata - kata ini hari : External success has to do with people who may see me as a model, or an example, or a representative. As much as I may dislike or want to reject that responsibility, this is something that comes with public success. It's important to give others a sense of hope that it is possible and you can come from really different places in the world and find your own place in the world that's unique for yourself.
~ Amy Tan ~
__________________________________________________
0 Responses to “::: suria :::”
Leave a Reply