Jangan pakai baju kuning
Nanti ada yang penting
Katanya ganggu pagi yang hening
Lama tak dengar lagu Kak Ning
Boleh kut pakai biru
Tidak kira lama atau baru
Bila gatal tergaru - garu
Bilalah nak sampai seru
Ada yang nak pakai merah
Tunjuk kuat tunjuk marah
Bila kena sita baru menyerah
Lari jauh seberang daerah
Ada yang nak lain serba hitam
Lama - lama boleh pitam
Asal dari Ayer Hitam
Suka makan sambal ketam
Kalau nak tenang pakailah hijau
Berkawan dengan orang Bajau
Siapa datang kenalah tinjau
Oh hidup penuh ranjau
Lapar perut alaslah coklat
Makan banyak jadi bulat
Kalau tak makan nanti berkulat
Pergilah `import` ke seberang selat
Lama tak pakai baju putih
Semenjak meninggalkan Kertih
Negara berebut Batu Putih
Sampai ada jadi letih
Baju buruk jadi kelabu
Baju beli dekat Sibu
Minum air sejuk tebu
Tunggulah minggu depan hari Rabu
Dulu ada baju oren
Pakai pergi restoren
Jangan nakal nanti kena karen
Bagi amaran dengan siren
Baik pakai baju pelangi
Baru basuh bau wangi
Singgah LRT Dang Wangi
Balik rumah sebelah bangi
Jumaat 1 Julai 2011 @ 5.25 PM
p/s : Selamat kedatangan Julai 2011 !
kata - kata ini hari : What is popular is not always right; what is right is not always popular. Anonymous .
laman web hari ini :
__________________________________________________
0 Responses to “::: uban :::”
Leave a Reply