FREEDOM! FOREVER!



::: singgah :::


E-mail this post



Remember me (?)



All personal information that you provide here will be governed by the Privacy Policy of Blogger.com. More...





9.00 hingga 5.30 kurasakan lama
setiap putaran randik boleh dikira
bulatkanlah hatiku sang pujangga
masanya akan tiba jua

ku sedar hidupku memang berliku
dengan kejadian bisa buatku terpaku
walau tidak sesukar rancangan `bersamamu`
namun cukup menguji kalbu

singgah sebentar aku di sini
datang dan pergiku biarlah disenangi
aku kini semakin berani
menghadapi esok yang tiada pasti

terima kasih sahabat - sahabat sejati
aku tidak keseorangan lagi
sinar kembali akan kembali
perjalanan ini belum terhenti
sekadar aku sebentar menumpangi
sebelum aku berlalu pergi esok hari..

p/s : mungkin saya akan berpindah lagi. mungkin. esok kita tengok bagaimana.
hidupku makin berliku dan makin mencabar. tiba-tiba datang idea ingin berkarya kembali. terima kasih saudara faisal tehrani kerana jadi sumber inspirasi. hanya dengan berpuisi cara saya meluahkan apa yang terbuku di hati. jumpa lagi sahabat saya yang semalam belanja saya makan dua bulan lagi. dua bulan lagi saya di mana ya? saya buat apa ya? saya pun tidak pasti. cuma doa saya, saya dapat lalu semuanya dengan cekal, tabah, tekad dan semangat bak lagu hazami. ek hazami. macam pernah dengar nama itu tapi di mana ya. kala ini saya amat rindukan rakan-rakan petrosains saya. gelak tawa mereka semua. namun sudah masa saya melangkah pergi. saya cuma singga sebentar disana mewarnai hidup semua dan hidup saya. tapi jangan risau persahabatan kita semua berkekalan selamanya. syukur kerana ketemu kalian! kalau rajin boleh sahaja bersukarelawan kala sabtu dan ahad. boleh dapat rm 90 kalau bersukarelawan dua hari. namun sekarang terlalu banyak benda hendak di`settle down`kan. wish me luck! pada rakan `teachers workshop` selamat meneruskan perjuangan saya! sungguh ingin saya bersama dengan aktiviti tersebut namun tidak kesampaian. bagi saya, tiada satu kerja yang tidak bermanafaat mahupun ringan sahaja. semua penting kerana semua ada peranan masing-masing dalam kehidupan saling memerlukan. adeh. lagu `warisan` pula berkumandangan. memang patriotika. doakan esok saya! `akulah penyambung warisan`.

kata - kata ini hari : Wikipedia, the Free Encyclopedia" ~ Wikipedia

laman web hari ini : Hewlett-Packard Development Company
_______________________________________________________


0 Responses to “::: singgah :::”

Leave a Reply

      Convert to boldConvert to italicConvert to link

 


Lilypie Fourth Birthday tickers Daisypath Next Aniversary Ticker Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers

AboutMe

  • I'm reef
  • From Kerteh New Town, Terengganu, Malaysia
  • The Last Man Standing
  • My profile

Previous posts

Archives

[Hidup Mesti Terus]

Lingkaran

Lakaran

Liputan

Lingkungan

Lembaran

Lebuhraya

Lengkapan

Lampiran

Laluan

Katakanlah





target= target=!--################################# Put your links here ############################################--_blank