ku cuba lari
dari realiti
menggamit mimpi kala malam hari
itu tidak mungkin terjadi
kerana ku masih berpijak di bumi
lampu neon masih menyala
walau suram terlalu nyata
kerana masih ada yang perlukannya
cahaya penunjuk arah
jalanan tengah malam
diri makin terhimpit
suara semakin bingit
degup jantung makin pantas
hujan pula rintik-rintik
suhu sejuk sekali
masih ada ruang sedikit
nafas ditarik sedalamnya
ini bukan pengakhirannya
namun permulaan yang bermakna
esok kan kucoretkan semula
lembaran penuh warnanya
juang ku untuk selamanya
p/s : sepatutnya sekarang saya dalam perjalanan ke johor bahru. seharusnya esok pagi saya sudah di imigresen di tambak johor untuk ke singapura menyaksikan FSO cendor ( kapal tangki minyak ) dan bergaya ala ala `titanic` di atasnya. tapi terpaksa dibatalkan kerana esok atau lusa temujanji saya yang sepatutnya hari ini dengan seseorang di PETRONAS ditangguhkan. tiada apalah. belum rezeki saya kut. lagipun PETRONAS masih `main priority` lagi. esok insyaAllah mahu juga ketemu orang itu. Alhamdulillah `sapura crest` pun sudah ingin mengambil saya. peluang datang tapi saya tiada pilihan. saya tidak sanggup untuk bayar ratusan ribu untuk keluar dari PETRONAS. dalam hati sanubari saya pun masih ingin berkhidmat dengan PETRONAS. terima kasih ALAM HIDRO SDN BHD kerana beri peluang saya menjalani latihan di sana. esok ya esok.
kata - kata ini hari :
lain di mulut, lain di hati, lain dipaut, lain didapati (reef)laman web hari ini :
P E C A N D U B U K U( cafe, library, book shop & book rent, tempat gaul pecandu buku, perintis kemerdekaan 06 no. 03 makassar, 081524213427,sebuah ruang untuk belajar. didirikan atas nama cinta oleh sepasang kekasih. aan dan alifiah [kini tak lagi!] )
______________________________________________________________________________
0 Responses to “:: neon :::”
Leave a Reply