Judul : Kasihku Sinar
Penyanyi: Amy Mastura
Melodi : Anuar Zain / Hazami
Lirik : Amy MasturaMelangkah mengharapkan hadir dirimu
Ku genggam segala memori
Kita dewasa bersama
Menuju satu cita walau jalan berbeza
Kasihku sinar tanpa cinta
Sinarnya tanpa asmara
Dengarilah hatiku rindu
Kasihku mekar tak berbunga"http://world.casio.com/asia/images/hotproduct_gshock.jpg
Mekarnya di dalam jiwa
Biarkanlah, biarkan saja
Kasihku Sinar
Andai kau ada di sini
Terukirlah senyuman
Tersingkir rasa sepi
Andai kau pergi dari sisi
Jangan disingkir diriku dari mimpimu
p/s : mya zara? sedapnyek nama. aweks baru kah? idok ler. citer kat tv3.
nampak cambest tp x terbuka hati ini untuk menontonkan diri. dulu yang
bebetul tengok ekk apa nama dia tuh citer tv3 lagu tema `berhenti
berharap` tuh haa. kurang berminat kut dengan cerita cinta korporat
gaduh-gaduh nak rebut syarikat nak kuasai syarikat itu ini dengan
mainan cinta modus operandi yang lebih kurang sahaja lagi-lagi dengan
pelakon yang sama sahaja. mungkin tiada pelakon baru yang mampu tukar
pelakon lama. eh semalam sudah berlangsung perkahwinan sepupu saya
saudara hishamuddin dengan isterinya di kampung saya di sabak bernam.
hari sabtu gi rombongan ke kenduri rumah pengantin perempuan di sungai
tengi sejam lebih perjalanan ke sabak bernam. di kampung damai sungguh
kurasakan tak terasa sebelum ini. bersama sepupu seperti apis, ijam,
poji, nasir, dan lain-lain benar menghadirkan memori diri ini kala
ketika kecil kecil usia `single` kala arwah kakek dan nenek masih ada
lagi. masih dirasakan pertalian darah yang amat rapat antara kami walau
jarang ketemu walau semua sudah meningkat dewasa. kalau kecil dulu saya
balik penuh sepupu sama-sama main kat rumah arwah kakek. oh, good old
days at least sesuatu untuk diingatikan kan. ahaks. bagus kampung kenduri
masak sendiri atau gotong royong dengan bahsa jawa gedebush lagi tingkatkan
silaturahhim. entah. kadangkala aku rasa buhsan dengan kehidupan, buhsan?
what i am saying~! bukanlah, dengan dunia yang benar-benar pancaraoba,
penipuan ketidak adilan yang berleluasa. kaya ke miskin ke bagi diri ini
apakah yang akan dibawa nanti? mungkin muhasabah bulan muhararram ini.
opss banyak pula idea menulis sambil melayani mp3 butterfingers album
selamat tingal dunia terutama lagu `cuai`, `siaran tergendala` dan `kabus
ribut`. well hidupku hari ini seperti biasa semula. menanti tawaran dari
petronas yang entah bila. mungkinkah ku harus memohon terus kerja lain
tanpa tunggu petronas? atau part time di mana-mana? aku tidak pernah
buhsan namun cuma perlukan sesuatu untuk kekalkan produktiviti diri ini.
aku masuh muda ya 24 cuma. eh mau beli paper berita harian dan star. rasta.
_____________________________________________________________________________________
0 Responses to “::: mya zara :::”
Leave a Reply