FREEDOM! FOREVER!



::: 24 :::


E-mail this post



Remember me (?)



All personal information that you provide here will be governed by the Privacy Policy of Blogger.com. More...





kadangkala aku terfikir apakah yang aku
mahukan dalam kehidupan ini. apa yang aku
mahu? apakah segalanya aku boleh peroleh?
kadangkala terfikir sendirian apakah ada
ruang lagi untuk memperbaiki lagi diri
ini. sudah semestinya kehidupan adalah
cuma persinggahan sementara sebelum ke
akhirat kekal abadi. namun kesementaraan
bagaimana itu? Alhamdulillah hidupku
sederhana tidak terlalu miskin atau kaya.
ala kadar tidaklah terlalu membazir atau
terlalu kedekut. aku rasa kebahagiaan
yang aku inginkan. bahagia bagaimana?
bahagia dalam hati dan jiwa penuh tenang
dan limpah rahmat redhaNYA Yang Maha Esa.
apalah guna kaya raya miliki segala tanpa
redha keberkatan hidup. kita aku sebagai
hamba khalifah di muka bumi mengabdikan
pada Allah, mencari rezeki yang halal,
mengerjakan segala suruhan meninggalkan
larangan. ya benar manusia tidak pernah
puas apa ada. sudah ada henpon kaler2,
mau henpon kaler2 1MP, mau pula henpon
2MP, kemudian pula henpon 3G 4gb. aku
syukur apa yang ada. syukur limpahan
rezeki melimpah ruah. ikan, sayuran
Allah punya manusia cuma meletakkan
harga. namun berapa ramai yang mahu
menurut perintahNYA mencukupkan solat
5 waktu. beruntunglah pada yang ikhlas
di jiwa raga amalannya. entahlah. aku
masih tiada jawapan apa yang ku mahuin.
aku cuma inginkan, kebahagiaan yang ku
ada ini dikekalkan, dijaga, bahagia
hati dan jiwa. biar badai datang landa,
ribut mengheret ganas, doa tidak putus
pada Yang Esa dan tawakkal keyakinan
tetap padaNYA. mungkinkah esok ada sedut
udara nadi berdenyut untukku? hidup bukan
Akademi Fantasia namun realiti lebih pahit
tak terduga laksana hujan di kala pagi
Tasek Maninjau kabus mengaburi pandangan
mata. entahlah. kadang rasa ok, kadang
rasa tidak namun mampukah aku kawalnya.
entah lagi. bukan apa aku terfikir kala
umur senja menjejakkan nombor 24 esok pagi.
ya. ya. ya. aku sudah mengerti pak HAMKA...
selamat hari lahir ke-24 buat saya.
_____________________________________________________________________________________


0 Responses to “::: 24 :::”

Leave a Reply

      Convert to boldConvert to italicConvert to link

 


Lilypie Fourth Birthday tickers Daisypath Next Aniversary Ticker Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers

AboutMe

  • I'm reef
  • From Kerteh New Town, Terengganu, Malaysia
  • The Last Man Standing
  • My profile

Previous posts

Archives

[Hidup Mesti Terus]

Lingkaran

Lakaran

Liputan

Lingkungan

Lembaran

Lebuhraya

Lengkapan

Lampiran

Laluan

Katakanlah





target= target=!--################################# Put your links here ############################################--_blank