Alhamdulillah syukur keputusan peperiksaan saya sudah diperolehi.
Syukur kerana usaha saya selama ini berbaloi.Keputusan yang sangat
saya tidak percaya apabila melihat buat kali pertama. Makin bersemangat
untuk saya meneruskan perjuangan di UTP. Keputusan GPA saya yang paling
tinggi sepanjang saya di UTP. Saya hanya ada lagi 1 semester dan saya
tidak boleh mensia-siakan peluang yang ada ini. Kelas kan bermula
24 Julai. Seminggu sahaja untuk berehatan di rumah sebelum pulang.
Cuti yang sememangnya cuti semata. Pulang ke UTP kawan-kawan sudah
tiada ramai yang dah graduasi. Yang ada hanyalah `extenders` seangkatan.
Tak apa. Perjuangan tetap diteruskan. Semangat! Hujan sepanjang hari
laksana hujan dalam hati sanubari ini. Mari layan lagu `M. Nasir` bertajuk
`Yang Bertakhta Akhirnya`. Hayatilah...
===================================
Artis : M. Nasir
Tajuk : Yang Bertakhta Akhirnya
===================================
Kita tak lagi sehaluan
Bukan sebagai yang diimpikan
Rupanya di saat-saat yang genting ini
Terjawab jua persoalan
Dan kita terpaksa memilih
Jalan yang telah ditentukan
Dan kita sama-sama dewasa menghadapinya
Kesan cinta membakar, menghempas, mencabar
Keteguhan hati dalam nostalgia
Cinta membakar, menghempas, mencabar
Dan harus ditelan walaupun pahit
Tidaklah kita yang berkata
Cinta tak mesti bersatu
Apa benarkah itu
Atau kata-kata yang tak bermakna
Dan mereka jua berkata
Tiada yang lebih pedih
Tiada yang lebih menyiksa
Dari cinta yang tak sampai
Dan akhirnya cinta jua yang bertakhta
Menyuluh dalam kegelapan
Dan akhirnya cinta jua yang bertakhta
Menyatukan kita dari terpisah
Oleh cinta palsu_____________________________________________________________________________________
0 Responses to “::: Keputusan :::”
Leave a Reply