==============================
Kawan – UNIC
==============================
Kawan..
Bertahun Kita Bersama
Bagai Semalam Baru Bersua
Kawan dihadapan Oh Indahnya
Kita Bersama Berkelana
Namun Kita Jauh
Didunia Sendiri
Bekalan Sendiri
Impian Sendiri
Meskipun Jauh Namun
Kita Tetap Bersama
Dek Ruang Yg Memisahkan Kita
Kawan Hidup Ini Umpama Langit
Yang Tidak Selalu Cerah
Kawan Hidup Ini Umpama Awan
Yang Tidak Selalu Putih
Ingatlah…
Bintang-Bintang Di langit
Takkan Terus Berkelipan
Ingatlah…
Pelangi Yang Indah
Pasti Akan Hilang
Kawan Jangan Biarkan Dirimu
Seperti Rama-Rama
Cantik Dan Akhirnya Menjadi Perhiasan Di dinding
Kawan Jangan Biarkan Dirimu
Umpama Lipan Dan Kala
Berbisa Namun Akhirnya
Menjadi Perhiasan Di Meja Tulis
Oh Kawan
Jadilah Seperti Si Matahari
Membakar Diri
Demi Insan Sejagat
Oh Kawan
Jadilah Seperti Bulan Purnama
Menerangi Malam Yang Gelap Gelita
Menunjukkan Jalan Demi Umat Semesta..
p/s : Khamis 5 Mac 2015
Semua ada ini hari. Hari ini pulun `budget`. Petang macam biasa `dry run`. Pulang dekat 6.00 petang juga.
Jumaat 6 Mac 2015
Macam biasa keluar awal 6.40 pagi sampai KLCC 7.30 pagi. Beli roti dan kopi espresso lab. Nice aromitica. Berjalan lancar sessi 8.30 pagi. 9.00 pagi pula CRQ2 di T1 sampai 12.00 tengahari. Lepas itu sempat `dating` dengan isteri tercinta di Level 2 KLCC. Lepas Jumaat santai dan pulang seawal 4.30 petang. Sampai awal itu bermacam dapat `settle`.
Sabtu 7 Mac 2015
Bangun awal pagi. Alyaa ada kelas Matematik jam 10-11. Lepas hantar Alyaa singgah ke AEON Cheras Selatan baiki cermin mata dan beli kasut isteri tercinta. Lepas ambil ALyaa misi tukar kasut kereta. Ke Cheras `area` tahu. Macam biasa cek makan habis kiri depan. Cadangan terbaik tukar semua kasut. Tukar sahajalah alang-alang esok lusa kena tukar juga bukan. Kami ke `GOODYEAR`. Jam 12.30 tengahari lapar makan di Old Town orang kedai tayar hantarkan. Agak hangat ini hari. Pukul 2 siap semua. Selamat tinggal Yokohama dan Toyo.
Ahad 8 Mac 2015
Beli belah di Cheras Sentral. Sudah setahun #mh370 hilang. Waktu 8 Mac 2014 kami dengar berita di TV waktu kami sedang servis kereta di PJ. Moga kebenaran akan diketahui juga!
kata - kata ini hari : A thing is never too often repeated which is never sufficiently learned.
Seneca
__________________________________________________
0 Responses to “::: selamba :::”
Leave a Reply