FREEDOM! FOREVER!



::: huraian :::


E-mail this post



Remember me (?)



All personal information that you provide here will be governed by the Privacy Policy of Blogger.com. More...




======================================================
Bergema Takbir Di Pagi Raya 2014 - ForUtoC
======================================================

Chorus:
Bergema takbir di pagi raya
Menyambut menyambut Syawal bulan mulia
Uh! Bersyukur insan pada Yang Esa
Berhari raya kita semua

Pohon kemaafan doa restu dari mu ayah ibu
Dipagi hari raya ikhlas kasih anakmu
Keinsafan kesabaran bermaafan
Menjanji kita semua insan yang mulia

AC:

Tak dapat ku melupakan
tak dapat ku mengenepikan
segala kenangan terindah
sewaktu kita bersama dahulu
dikau dan aku daku dan kamu
kita sebulu searah sejalan dituju
tak pernah ku terfikir nyanyikan
semula lagu dan irama kita berdansa
melangkah bersama
satu dua tiga kita ulangkan semula
hilangkan rasa resah kita gembira
ketawa ria Ha Ha hA

Satu Syawal hari raya
Aidilfitri yang mulia
bergema takbir di pagi hari raya

Satu Syawal hari raya
Aidilfitri yang mulia
menyambut syawal bulan mulia

AC:

Kini sejarahkan berulang semula
ada pahit manisnya ada kenangan cinta
ada segala nostalgia pelbagai cerita
jaga lah dirimu walau dimana
kau berada mana yang jauh kasi dekat
mana yang dekat kasi rapat ikat kuat ketat
erat melekat jangan mengumpat
bawa bertaubat bayar zakat itu ibadat
dengarkan ini nasihat

Di pagi raya ini terkenangkan kembali
ampun maaf di pinta ku mohon kepadanya
keluarga ku tercinta
mari lah bersama kunjung mengunjungi
menjamu selera
sanak dan saudara riang bergembira miskin kaya
turut sama

Ulang Chorus 2x

Satu Syawal hari raya
Aidilfitri yang mulia
bergema takbir di pagi hari raya

Satu Syawal hari raya
Aidilfitri yang mulia
menyambut syawal bulan mulia

 

 p/s : Jumaat 25 Julai 2014
Alhamdulillah sahur selesai. Abah hantarkan daku ke KLCC ini hari. Beg boleh tahan juga berat. Ya lah balik beraya kan. Bawa sekali kasut NIKE Suketo aku untuk beraya. Belum ketemuan kasut pengganti lagi nampak gayanya. Kerja pun lebih pada kemas mengemas semua sahaja. Maklumlah baru pindah kubikel baru berhampiran dengan pengurus dan pantri makan! Solat Jumaat last Ramadhan sebelum Syawal begitu. 4.10 petang sudah turun ke LRT KLCC. Mahu kejar keretapi ERL jam 4.45 petang yang tepat. Alhamdulillah dapat beratur panjang duduk kerusi depan keretapi. Sampai KLIA2 sekitar 5.15 petang. Terus solat di Surau KLIA2 yang terletak dekat dengan tempat scan. Lepas itu mula beratur jam 4.45 dan dapat `drop bag` jam 6.05 petang. Seperti biasa 20 minit. Memang maksimum 30 minit kena peruntukkan untuk `drop bag` untuk AirAsia. Selepas itu berjalan mencari makan pula! Ketemuan MELHERO baru mahu `check in`. Sama kapal ke LoqStaq. 

Macam biasa cari bekal air mineral dan nescafe ais serta roti jagungan. Cari juga makan berat tapi Marrybrown pilihan dengan Beef Burger sempoi. 6.50 petang  masuk scan dan boarding. Jauh juga berjalan pintu hujung. Beli juga Famous Amos untuk kunyah-kunyah. Sampai sambung borak dengan MELHERO. MELHERO merupakan kawan agak baik saya dari tahun 1 di UTP tahun 2000. Kami sama-sama di Blok Baram. Teman sebilik MELHERO bernama MEH. Tidak siapa tahu ke mana MEH ini sekarang. MELHERO peminat setia Final Fantasy dan juga kumpulan Dewa dengan jiwang ayat pak hang. Oh macam tribusi pada dia pula. Tapi begitulah bila geng lama bertemuan. 

Sempat azan dan makan sebelum masuk boarding. PEnuh ramai semua mahu balik beraya! 8.20 malam tepat bertolak kapal terbang kami. Layan ngantuk sahaja dalam penerbangan. 9.20 malam begitu sudah tiba Alor Star. Terkejut wifey dan baby Hannah juga datang menjemput di Alor Star. Sampai jamak dan tarawikh~

Sabtu 26 Julai 2014
Persiapan raya! Beli belah dengan isteri tercinta di The Store. The Store merupakan pasar raya bertingkat terbesar di bandar Alor Star ! Syukur ada `parking`. `Parking` setingkat sahaja.

Isnins 28 Julai 2014
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin! Solat raya jam 8.45 pagi. Dapat spot baik bawah pendingin hawa `YORK` full blast. Khutbah berakhir sekitar 9.30 pagi. Beraya di rumah sanak-saudara sehingga jam 3.00 petang lebih begitu. Awalnya Alyaa xmo beraya tapi lepas itu lelama ok sahaja. Ada terjadi kesah juga raya ini. Adehai Aduhai. Malam tetamu datang beraya di rumah. Alyaa lena awal 11.00 malam sudah ketiduran begitu. Huh.

Selasa 29 Julai 2014
Petang baru beraya. Pagi santai sahaja di rumah begitu. Layan baby Hannah yang lenaan penuh kecomelan!

Outro:
ISu di Selangor amat membingungkan. 10 Ogos 2014 ini kata putus. Apa-apa pun moga Allah SWT beri petunjuk pada bumi Selangor tercinta ini..................................................

 

kata - kata ini hari : Be there, be square.

   

 laman web hari ini : Warta SOLO

  __________________________________________________


0 Responses to “::: huraian :::”

Leave a Reply

      Convert to boldConvert to italicConvert to link

 


Lilypie Fourth Birthday tickers Daisypath Next Aniversary Ticker Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers

AboutMe

  • I'm reef
  • From Kerteh New Town, Terengganu, Malaysia
  • The Last Man Standing
  • My profile

Previous posts

Archives

[Hidup Mesti Terus]

Lingkaran

Lakaran

Liputan

Lingkungan

Lembaran

Lebuhraya

Lengkapan

Lampiran

Laluan

Katakanlah





target= target=!--################################# Put your links here ############################################--_blank