Panjat - panjat peganglah tangga
Nanti jatuh digigit kerengga
Bila di atas pasti lega
Pengalaman tidak terhingga
Lompat tinggi jangan tersungkur
Nanti tidur terebih dengkur
Kalau salah kenalah akur
Baju nak tempah marilah ukur
Apa terjadi sudah terjadi
Masa kecil makan aiskrim keladi
Masak maggie dalam baldi
Mengaji dengan lidi
Perjalanan berliku kiri dan kanan
Bukan macam hidup Eman Manan
Bukan kartun macam cerita Conan
Tidak ada susunan
Lama tidak menulis memang kalut
Harap tidak lagi perlu berbalut
Senyum lah selalu di mulut
Alamak terpijak selut
7.15 PM Ahad 20 April 2014
p/s : Ahad 20 April 2014
Oh sedap tidur kala hujungan minggu! Entah jam berapa bangun pagi saya. Sarapan pagi roti dengan tuna juga nescafe panas dengan isteri tercinta juga Alyaa. Hari ini mendobi sahaja. Hujan lebat pula tengahari. Sungguh lebat amat. Lepas Zohor ke AEON Big. Alhamdulillah dapat `parking` tepi bumbung. Kami makan di Fuza`s Biryani. Biryani ayam ok tapi kurengs. Saya ambil Murtabak Daging. Ok lah sebab bukan frozen tapi kureng sebab agak kering. Rindu murtabak RAJA! hahahahaha. Alyaa order telur rebusan. Air teh tarek sedaps. Lepas itu `shopping` lah apa lagi. Beli keperluan harian begitu. Sebelum pulang Alyaa bermain kereta eh motor roda tiga di tingkat bawah. Petang santai esok kerja pula!
Sabtu 19 April 2014
Hari ini bangun awal pagi nenek saya ingin datang melawat sambil ibu dan makcik saya belajar memasak. Beli makan sekali untuk sarapan. Saya macam biasa kuew teow telur kicap pedas. Macam ketagihan nak makan. Huha. Petang eh tengahari makan di Rawsha Kampung Pandan. Pertama kali. Impresi pertama kedai makan itu amat besar sekali macam kantin sekolah. Kami pesan nasi arab kambing. Besar dan sedap. Saya pesan air kurma yang meyegarkan. Untuk Alyaa ada kek dan `sunny side egg` dengan roti. Sampai-sampai 5 biji telur! Isteri tercinta pesan teh o ais. Ada juga tempat bilik main Alyaa sempat main-main. Harga pun berpatutan tiada CUKAI mahupun GST. Lepas itu ke AEON kegemaran di Maluri. Isteri tercinta cari baju tapi tiada jumpa pula. Macam biasa beli buku tulis-tulis untuk Alyaa. Solat dulu sebelum pulang. Hujan lebat dan kesesakan jalan pula kerna MRT. Malam nenek , nek did, mak, cik imah dan anak-anak datang ke rumah. Order Pizza. Order paling lama! Lebih sejam. Last-last aku yang pergi ke PHD yang 5 minit sahaja dari rumah. Dapur sibuk `overload` dan orang ramai amat `order`. Tidak apalah yang penting Pizza ada makan beramai-ramai begitu.
Jumaat 18 April 2014
Tidur yang tidak lena. Risau ACD. ACDsee. Ujian lisan untuk pekerja syarikat. Alhamdulillah sampai awal tapi cian isteri tercinta kerna pulang kejap kerna ada perkara terjadi pula. Tunggu di perpustakaan sampai 10 kemudian tunggu di tingkat 37 Menara 1. Macam banyak sahaja kejadian ACD. Dekat 11.15 pagi baru `turn` aku! 2 topik sahaja. Alhamdulillah boleh `jawab` dan tawakkal sahajalah bukan. Lepas itu lega macam hendak lompat-lompat tinggi! `Dating` dengan isteri tercinta di tingkat empat makan nasi lemak telur dari Abang Halim AW tadi. Rezeki ditolakkan jangan! Ke Kinokuniya beli buku FOA akhirnya dari OBEFIEND. OBEFIEND aku kenali dari zaman UTP lagi. Rebel dan berkapelistik dengan budak `batch` aku. Last-last tidak lama masing-masing bawa haluan masing-masing. Balik awal dan sempat makan malam di Risya d`Westerno. Sedap juga `sizzling rice seafood`. Air jus mangga kureng skek sebab banyak sangat. Harga patut! Malam tengok PARANOIA lakonan Thor. Ada Gary Oldman dan Harrisan Ford juga. Otai-otai ini! Best tapi macam drama sahaja tiada aksi ganas macam Wolverine. Puas hatilah tengok! Lepas itu sambung IRONMAN pula di TV3.
Khamis 17 April 2014
Hari ini belajar sahaja kerana esok baru ada ACDku.Takutttt dan cuakkk. Macam biasa malam itu sukar mahu tidur!
Rabu 16 April 2014
Hari ini ambil kad laporan Alyaa. Masa perjumpaan kami 9.20 pagi begitu. Makan dulu pagi di Mamak. Order telur setengah masak tetapi tidak faham pula namun berjaya juga order. Oh laporan Alhamdulillah semua ok! Berkembang berbanding setahun yang lalu. Sudah ok berkawan dan interaksi semualah. Sesak juga baru sampai KLCC walau 10 lebih! Petang dapar surat elektronika dari sumber manusia tangguh pula ACD ke Jumaat.......
kata - kata ini hari : βItβs great to be great, but its greater to be human.β β Will Rogers
__________________________________________________
0 Responses to “::: peperoni :::”
Leave a Reply