===================================
Penglipur Lara - Hazama
===================================
Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama dengan kucing belang
Dua tiga boleh ku cari
Apa nak heran zaman macam sekarang
Buah cempedak di luar pagar
Ambillah galah dan tolong jolokan
Kau berkasut ku berselipar
Apa nak heran sama di sisi tuhan
Bukan aku nak sangkal kita handal
Kekadang yang bebal susah tampal
Mana boleh nak bedal
Kena berakal
Ku penglipur lara
Saja nak bercerita
Usahlah terasa
Jangan mudah melatah
Ku penglipur lara
Saja nak bercerita
Usahlah terasa
Fikir sebelum marah
Nanti kena jual
Ikan kekek mak ilui ilui
Ikan gelama mak ilai ilai
Gaya ranggi tiada adui!
Apa nak heran janji cantik perangai
Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik pula bercabang tiga
Kalau tak tahu jangan menambah
Apa nak heran baik lu diam saja
Bukan aku nak sangkal kita handal
Kekadang yang bebal susah tampal
Mana boleh nak bedal
Kena berakal
Ku penglipur lara
Saja nak bercerita
Usahlah terasa
Jangan mudah melatah
Ku penglipur lara
Saja nak bercerita
Usahlah terasa
Fikir sebelum marah
Nanti kena jual
Nang boti nang hei! Kui boti kui hei!
Cerminlah diri lihat ke dalam
Nang boti nang hei! Kui boti kui hei!
Betulkan diri lupa semalam
Nang boti nang hei! Kui boti kui hei!
Cerminlah diri lihat ke dalam
Nang boti nang hei! Kui boti kui hei!
Betulkan diri lupa semalam
Semalam yang hilang
Ku penglipur lara
Saja nak bercerita
Usahlah terasa
Jangan mudah melatah
Fikir sebelum marah
Nanti kena jual
Ku penglipur lara
Saja nak bercerita
Usahlah terasa
Jangan mudah melatah
Fikir sebelum marah
Nanti kena jual
Nanti kena jual
p/s : Ahad 17 Novemberia 2013
Bangun awal pagi 5.30 ! Jam badan aku hari-hari macam 5.30 sahaja. Pukul 7.20 pagi pergi ke rumah baru vakum seluruh rumah! Sejam juga Alhamdulillah semua habuk sudah disedutan. 8.30 pagi siapan! Bungkus nasi lemak dan nasi dagang ayam gulai saya teringin amat. Lepas makan isteri tercinta ajak ke majlis akikah kawan pejabat di UPM Serdang. Oh dekat sahaja! Tetapi cabaran mencari sejam juga baru jumpa. Simpang siur sebab jalan sehala dan lain hala untuk basikal. Tengok bebudak universiti teringat zaman saya di Tronohto dahulu. Hidup sebagai pelajar yang sempoi dan enjoyable. Syukur masa U guna sebaik2nya itu~
Lepas itu singgah Lorenzo jamuan mata sofa dan meja makan. Ada yang amat menarik dan juga sangat berpatutan harga sungguh! Kena ukur di rumah dahulu. Lepas Zohor beli-belah di Aeon Big kejap. Makan petang+malam di Fuza Briani. Makan mee mamak dan wifey makan kewtew sup. LEpas itu terus ukur kawasan di rumah baru. Ok muat! MAlam santai. Bila lalu bekas RESTOREN SKINCHAN dan jadi kedai kereta ISUZU. ITulah jangan main2 dengan rakyat nanti rakyat x datang makan~ beberapa kali juga makan di kedai itu. Promosi Lorenzo sampai akhir tahun! Oh mari survbey juga di tempat lain ~~
kata - kata ini hari : If you can't solve it, it's not a problem, it's reality. - Barbara Colorose
__________________________________________________
0 Responses to “::: lastik :::”
Leave a Reply