FREEDOM! FOREVER!



::: huruf :::


E-mail this post



Remember me (?)



All personal information that you provide here will be governed by the Privacy Policy of Blogger.com. More...






Apa sudah jadi pada dunia
Mana hilang nilai manusia
Adakah kita bersedia
Masihkah ada yang setia

Apa sudah jadi pada negara
Isu jenayah tidak terkira
Dendam sana sini membara
Tua muda kecil terdera

Apa sudah jadi pada kehidupan
Mana hilang semua sopan
Bahaya cabaran ada di depan
Oh rindu nak makan lalapan

Apa sudah jadi pada negeri
Semua dapat mana pemberi
Hala kanan dan hala kiri
Pasti ada yang kalah tidak mungkin seri

Apa yang tinggal untuk kerakyatan
Apabila semua benda kesekatan
Tidak dikira kesesatan
Nasi lemak pula dah kurang santan

Apa sudah jadi tetap terjadi
Belum lagi terlewat untuk mandi
Cuma sediakan kendi
Bawa cuba sebiji baldi

2 Novemberia 2013


 p/s : Oh sudah masuk November rupanya. Cepat! Macam baru semalam saya melakukan pembedahan muka tampal kulit pada bulan Ogos. Alhamdulillah makin pulih. Rupanya ini `secret weapon` doktor plastik saya. Ini tidak diberitahu awal-awal. Ini terus diberitahu apabila ingin lakukan. Ini kerjaya doktor. Doktor ada banyak berita. Ada berita baik dan kurang baik. Saya juga sudah biasa dengan banyak doktor.

Rabu 30 Oktober 2013
Hari ini isteri tercinta datang awal kerana ada tugasan di KLCC Convex. Bertolak 7.10 pagi sampai 8.29 pagi di sana. Saya pula dekat 7.50 pagi kejut Alyaa untuk ke sekolah. Lepas hantar ke sekolah terus cari makan pagi. Kuewteow goreng dan lempengan pisang. Beli-belah juga di Mydin untuk barangan keperluan harian. Balik makan sementara tunggu `pest kill` datang. `Pest kill` datang dalam 10.30 pagi. Ada seorang melayu dan seorang india. Terus memulakan kerja dengan cuba gerudi di dalam stor. Ada 120 lubang tapi yang sebenarnya 138 lubang! Dalam juga cucuk. Tidak apalah perlindungan daripada anai-anai kan. 11.30 pagi pula baru orang pemasang pendingin hawa sampai. Ada 4 pendingin hawa untuk dipasang 2 di bawah dan 2 di atas. Di atas banyak sedikit kerja untuk tarik pendingin hawa. Lepas itu sambung `shopping` di Speedmart99. Lepas itu balik rumah vakum bilik. Tiba-tiba brother pesto kill tepon ! Sudah jumpa itu `crude` ! Ok lawak je ecli sudah tercucuk paip di dapur. Terus kontek `plumber` pesto kill. Tiada warranti pula makan nama pesto kill dirahsiakan~ huhu. Boleh settle dia kata sambung balik paip keesokannya. Tengahari makan roti je sebab risau paip itu. Tunggu sampai petang. Petang jam 4.00 hujan mula lebat sangat! 4.30 petang gitu pesto kill pun siap. 5.30 petang pendingin hawa siap! Test-test ada leak sedikit terus dibetulkan. Alhamdulillah ok semua. Balik terus makan tengahari + malam! Verbalois very the cuti! huhu.

Khamis 31 Oktober 2013
Kembali kerja macam biasa. Jalan tidak sesak. AWal sampai. MAkan muffin pisang semua roti habis di kedai MEsra. 12 balik jumpa plumber.  2 baru sampai. pukul 3 lapar solat makan nasi kukus. Pukul 4 balik opis kejap ambil isteri tercinta 5.30 petang sampai rumah siap plumbing semua!


kata - kata ini hari : Whatever you can do, or dream you can, begin it.  Boldness has genius, power and magic in it. –Johann Wolfgang von Goethe

 

laman web hari ini : FZ Together

  __________________________________________________


0 Responses to “::: huruf :::”

Leave a Reply

      Convert to boldConvert to italicConvert to link

 


Lilypie Fourth Birthday tickers Daisypath Next Aniversary Ticker Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers

AboutMe

  • I'm reef
  • From Kerteh New Town, Terengganu, Malaysia
  • The Last Man Standing
  • My profile

Previous posts

Archives

[Hidup Mesti Terus]

Lingkaran

Lakaran

Liputan

Lingkungan

Lembaran

Lebuhraya

Lengkapan

Lampiran

Laluan

Katakanlah





target= target=!--################################# Put your links here ############################################--_blank