=============================
Spring > Sejiwa
=============================
Pada irama ku berpesan
Lagu ini ditujukan
Padanya yang Tersayang
Kasihku kau pernah dipersia
Lalu kubawa cintaku
Sebagai penawarnya
Biar lukamu masih terasa
Sesaat engkau tidak ku temu
Bulan seakan pilu
Tiada dapat beradu
Begitu jika engkau membisu
Badai jauh dilautan
Tiada ketepian
Sebegitu cintaku padamu
Usahlah cinta dibawa bersama
Ditenggelami mentari di timur
Gelap gelita tiada bercahaya
Ku tiada berdaya
1
Inginku selalu di sampingmu
Tiap waktu siang melambai malam
Bagaikan senja denyutan cinta kita
Penyambung hadirnya
( ulang 1 )
Akan ku bina istana bahagia
Menjadi lambang kasih berpanjangan
Hentikan airmata pedih kenangan
Yang mencakar perasaan
Mekarlah bunga cinta
Seharum wangi kemboja
Mekarlah bunga cinta
Di taman kita sejiwa
p/s : Jumaat 25 Oktober 2013
Sudah klik PPA `submit` tepat jam 9.54 AM. Oh pagi tadi sesak kental. Bertolak 7.48 AM sampai 9.08 AM. Hari ini bawa PERODUA sahaja kerana ada urusan. Makan rehat banyak juga roti sardin dengan kopi. 11.30 AM kelas habis. Terus memecut ke Kajang untuk pembayaran sesuatu yang penting amat sangat. Alhamdulillah semua selesai jam 12.55 PM. Terus cari masjid dengan mengekori brother-brother yang naik motor memakai kopiah. Moga berkat urusan ini hari. Lepas Jumaat makan dekat Jusco Cheras Selatan Nasi Goreng Pedas Ayam Rangup dengan Teh Ais. Tengok terkalau ada filem menarik namun semua cerita seram sahaja nampak gayanya. Maka pusing-pusing dalam Aeon sahaja. Lepas Asar jumpa pula dengan brother penghawa dingin insyaAllah boleh install Selasa hadepan 29 Oktober 2013. Lepas itu beli belah di Mydin barangan kering tisu bagais. Esok kena cari pendingin hawa ! Oh `GST` sudah lulus !
kata - kata ini hari : I would rather die of passion than of boredom. –Vincent van Gogh
__________________________________________________
0 Responses to “::: pendirian :::”
Leave a Reply