================================
Vortex – Faizal Tahir
================================
Ku sedar
Untuk pertama kalinya
Transisi lena ke alam nyata
Ku telanjang terlantar
Ku tanpa seurat benang
Ku hadir dan aku tahu
Ku juaranya
Jawapan
Kewujudan setiap mainkan peranan
Dari hembusan nafas pertama bermaya
Dari satu masa ku berenang
Ledakkan cinta
Selamilah
Kejadian kelahiran
Bertembunglah
Penaklukan dua insan
Ku sedar
Pilihan menjadi arah
Tertulis sudah takkan ku kabur
Ku mulakan
Jawapan
Kewujudan setiap mainkan peranan
Dari hembusan nafas pertama bermaya
Dari satu masa ku berenang
Ledakkan cinta
Ku sedari
Ku satu-satunya
Dari berjuta yang mencuba
Ku sedar ku pilihan
Bermula kosong tanpa warna
Jalan terbuka
Hitam dan putih ku mulakan
Terjaga dari lamunan nafas pertama
Bermula
Saat hadlaju tinggi pecutan menjadi
Meninggalkan semua ku boloskan diri
Kehebatan rasa yang sempurna ledakkan cinta
Selamilah selamilah
Kejadian kelahiran
Bertembunglah
Penaklukan dua insan
Ku sedar
Untuk pertama kalinya
p/s :
Selasa 15 Oktober 2013
Salam Aidil Adha. Bangun pagi-pagi mandi wangi-wangi untuk Solat Raya. Packing terus lepas solat mahu pulang ke Brisu. Kami solat di Masjid Bandar Tun Hussein Onn. Selesai solat dan khutbah sekitar 9 lebih juga. Beli lemang dan rendang untuk dikunyah terus. Sejam sahaja sampai sudah kampung jam 11.00. Terus ke surau ada korban di sana. Lepas itu baru balik ke rumah nenek. Meriah ramai orang ada. Seronok Alyaa bermain dengan kakak-kakak dan ditemuramah pakcik dan makcik. Petang santai pukul 5.00 lebih balik. Sesak pula di Seremban keluar mencari LEKAS terlajak ke Ampangan. Sebelum 8.00 malam sudah sampai KL. Malam makan nasi impit dan rendang.
Rabu 16 Oktober 2013
Kerja macam biasa. Ada `briefing` dengan boss 11.00 - 12.00 berkaitan PPA. 12.30 isteri tercinta datang untuk bawa ke Prince Court. Makan tengahari `dating` dulu Restoran Prince Court sebelum jumpa fisioterapi. Makan nasi goreng ikan masin dan teh ais. Fisioterapi buka je PG ada `blister`. Terus lari ke tingkat tiga jumpa jururawat untuk cucian. Adeh. Masuk pejabat kejap je 4 lebih dah cabutan. Jumpa Davido Artako di rumah bagi kunci mangga. Malam makan di Barada.
Khamis 17 Oktober 2013
Kerja lagi. Jalan kurang sesak. Makan pagi kueh Cuchur. Tengahari makan nasi ada lebih mesyuarat. Malam makan Wendys. Malam tidurlah.
Jumaat 18 Oktober 2013
Jalan pagi petang sesak. Ada kemalangan sedikit hala Kajang. LAri lalu MRR2 sebab kedengaran Jalan Tun Razak sesak ada kebakaran kereta. 9 lebih juga sampai KLCC. Diskusi KPI/PPA/IPC dengan boss sejam juga. Banyak kena AMEND! Selesaikan untuk HOTEL minggu depan. Malam pun sesak jalan bungkus di Umi. Oh esok mahu ke Kedai Langsir pula! Oh sibuk cepatlah habus KPI. Oh mahu bercutian!
kata - kata ini hari :
“The beautiful thing about learning is that no one can take it away from you.”
- B.B. King
__________________________________________________
0 Responses to “::: korban :::”
Leave a Reply