================================================
Asal Menjadi Cantik ( OST Magika )
Ning Baizura
================================================
Siapakah di dalam cermin itu
Kehilatan mirip seperti ku
Tapi dia tak kelihatan sejelita
Seperti ku pada zaman muda
Usia dah memamah kejelitaan ku
Yang dulu kurus dah jadi gemuk
Muka berkerepot dan mula mengendur
Rambut beruban semakin gugur
Carikan aku ubat pemulang waktu
Yang buatku kelihatan muda
Semuda seperti anak dara
Jadikan aku sorang remaja
Paling jelita di dunia
Berikan aku potongan badan
yang langing dan menawan
Apa jua harganya semua kan ku bayar
Asal menjadi cantik
Tak kisah lah apa jua
Asal menjadi cantik
Tak kisah lah apa jua
Asal menjadi cantik
Bermacam jenis jamu dah ku cuba
Tiada yang bawa kesan ketara
Semua pantang larang ku ikut setia
Tapi tak nampak-nampak hasilnya
Carikan aku ubat pemulang waktu
Yang buatku kelihatan muda
Semuda seperti anak dara
Jadikan aku sorang remaja
Paling jelita di dunia
Berikan aku potongan badan
yang langing dan menawan
Apa jua harganya semua kan ku bayar
Asal menjadi cantik
Tak kisah lah apa jua
Asal menjadi cantik
Tak kisah lah apa jua
Asal menjadi cantik
p/s : Turun makan di KLCC perlu lagi awal dari 12.00 tengahari. Tadi turun pukul 12.15 tengahari ke tingkat empat sudah penuh meja kerusi orang duduk. Maka bungkuslah burger cheese wendy`s berharga RM 5.80 tunai.Kalau hendak turun ke bawah memang kena bawa paling kurang RM 10.00. Itupun kalau ke cucur dapat 5 biji kuih ( RM 1.20 / kuih x 5 = RM 6.00 ) dan 1 the ais ( RM 3.00 ) berbaki RM 1.00. Kalau hendak jimat beli sahaja Roti Gardenia RM 0.70 yang sama sahaja dijual di mana-mana kedai runcit ka KLCC ka 7eleven ka dan lain-lain. Kalau nasik berlauk paling koman RM 6.00 – RM 8.00. NAsi Ayam penyet terbaik RM 8.80. Itulah harga perlu dibayar bekerja KLCC ini. Kalau ke Wisma Sentral murah sedikit Cuma jauh pergi balik berjalan kaki sudah 20 minit! Oh tadi juga jumpa fisioterapi Alhamdulillah muka makin baik. Kanan sudah lebih matang daripada kiri. Esok jumpa Dr Yap pula. Petang mesyuarat kecil-kecilan. Memikirkan masa depan aku di tahun 2014 pula terutama ruang pekerjaan ini. Harus ke Bandar belok ke lautan?
Isu Negara malas – malas nak sentuh. Cukuplah orang lain banyak sangat komen. Kini ia hanya suka atau benci. Tiada atau kurang rasionalisasiasi. Aku lebih gemar memBLOG daripada `post` di FB kerana massa tidak memikirkan yang sama Antara satu sama lain. Arakian hanya ingin memberitahu tapi mungkin takut disalah anggapan riak atau pun takabbur. Nauzubillah. Oh paling terkini isu untuk skrap kenderaan lebih 12 tahun tapi konspirator katakana itu semua `decoy` untuk isu lebih besar GST / harga kereta yang tunggu kucing bertanduk baru turun ….
kata - kata ini hari : “If you think nobody cares if you're alive, try missing a couple of payments.”~Earl Wilson
__________________________________________________
0 Responses to “::: habis :::”
Leave a Reply