=======================
Lagu Tema Solehah
=======================
Dialah pasangan
pengaruh kelembutan
bimbinglah dengan bimbingan
cetusan membahagiakan
Kau wanita
terbilang tabah cekal bertandang
kerana kau lahirlah penerus jasa
Kau solehah
Bahkan nyawa kau pertaruhkan
Agar nur iman terpelihara
Kau wanita
terbilang tabah cekal bertandang
kerana kau lahirlah penerus jasa
p/s :
Sabtu 5 Oktober 2013
Pagi - pagi sudah lari ke rumah baru tengok kerja Mr Thomas. Hantar semua downlight, T5 dan kipas-kipas yang ada. Berpeluh-peluh woo. Balik pula terus siap-siap hendak ke kenduri DEk LAng di Klana Jaya. Dekat 12 baru bertolak. Ikut GARMIN bawa sampai ke bandar PETALING JAYA lagi. Huhu. DEkat jam 1.00 sampai. Makan lepas itu pengantin pun sampai. Meriah dan grand. Lepas Zohor 4 lebih terus ke VIVA pulok ada pameran MF3. Tgk2 je usha2 katil untuk Alyaa. Dating di the Garden Cafe. Beli lampu lagi dan balik pulang!
Ahad 6 Oktober 2013
PAgi-pagi makan roti kemudian konon-konon nak kemas rumah baru. Namun terbantut kerana tidak boleh buat apa-apa pula. Huhu. LEpas tuh nenek dari Johor datang menjamu sampai 12 lebih. Dekat pukul 1 pergi doa selamat Akikah di rumah jiran belakang sekejap. Hangat juga tengahari. Balik rumah kemudian ke Aeon Jusco lak. ISteri tercinta nak beli hadiah untuk kawan dia. Lepas itu datings di Secret Recipe makan kek Vanilla Strawberry! Balik rasa tidak sihat... MAlam isteri tercinta belikan makanan semua. Malam memang hangat sejuk gegigil. Ya ALLAH ampunkanlah dosa-dosa hambaMU ini.
Isnin 7 Oktober 2013
LEpas hantar Alyaa terus ke Klinik Kita. 30 minit juga hendak menunggu. No 12. Kad AIA pulop kena tukar. Tadi buat manual. Dapat segala macam ubat makan. InsyaAllah cepat baik! :)
kata - kata ini hari : Expose yourself to your deepest fear; after that, fear has no power, and the fear of freedom shrinks and vanishes. You are free. –Jim Morrison
__________________________________________________
0 Responses to “::: limbungan :::”
Leave a Reply