==================================
SAMSENG - Ahli Fiqir
==================================
Dialog)
Ya... ok jugak la kita makan kat sini la senangDuduk la...duduk la duduk2
Hei!! Asal ko makan tempat aku ni
Hei!! Ko siapa hah!!
Ni tempat aku apsal ko duduk kat sini
Mana ada nama ko.ni tempat ko
Woi!! (2x) ko siapa hah!!! Ko siapa hah!!!
Sekrang ko nak aper (3x)
Jgn carik pasal
Woii!!! (4x) (ramai2)
Kurang ajar
Woii!!! (5x) (ramai2)
Samseng (4x) ini bukan zaman samseng
Samseng (4x) bukan zaman banteng2
Samseng (4x) tiada tempat tunjuk samseng
Samseng (4x) ini bukan zaman samseng
Sudah banyak yg ku lihat didepan mata,
Pecah botol, pecah gelas, pecah kaca, pecah kepala
Nak rebut kuasa, siapa gagah, siapa perkasa, siapa lagi ramai anggota
Mana tempat, bila masa, kita jumpa, satu lawan satu, engkau dgn aku
Buka butang, buka baju hak... hik... huk...
Kita tunggu siapa yg akan jatuh dahulu
Yg menang akan jadi abg besar, tak perlu gusar, kiri kanan sentiasa ada org jaga
Bila berjalan kepak mula dibuka jaga jaga
Jgn cuba merenung mata. Amaran untuk semua
(dunia ini dia yg punya)
Samseng (4x) ini bukan zaman samseng
Samseng (4x) bukan zaman banteng2
Samseng (4x) tiada tempat tunjuk samseng
Samseng (4x) ini bukan zaman samseng
Dan didepanmu berbaris peluang-peluang dan tidak mahu pun engkau rebutkan,
Berderet-deret sasaran namun tidak satu peluru pun ko lepaskan
Kerana engkau hanya asyik berjuang entah untuk apa, dan demi siapa engkau juangkan,
Keberanianmu itu adalah himpunan puluhan anggota fei yong
Yg sibuk melaungkan suku-suku pantun, serta tuturkan kata kosong
Keberanianmu itu adalah tubuh-tubuh kaku saudaramu,
Bergelimpangan disimpang-simpang jalan yg telah engkau tewaskan
Keberanianmu itu adalah wajah-wajah kamu yg berbinkan dan berbintikan sianu dan sipolan,
Terpampang dimuka surat depan, ruang-ruang koran patuh kaki dan tangan...
Keberanianmu itu adalah anak-anak bangsamu dlm satu ikatan berkongsi kandang bergelar. si banduan.
Apakah yg kan ko dpt hanya sorakan kuat naikkan semangat setelah bertemu hebat,
Engkaulah tuah engkaulah jebat, tiada siapa yg akan berani dekat,
Sampai bila ko nak jadi raja, membabi buta, bukalah mata,
Suatu hari ko pasti akan jatuh takhta, kehabisan bisa baru ko sedar mana pergi tuah,
Mana hilang jebat, mana kata semangat, mana kiri kanan dua, mana kata bersatu,
Mana isi dan kuku, mana sehidup semati, mana pergi.... urgghh.... Semua janji
Bukan aku hendak mengata tapi sudah nyata,
Semakin bermaharajalela, semakin berleluasa
Satu demi satu bangsa ku menjadi layu, gugur dimedan perang ciptaan saudara2ku,
Bagaimana hendakku jelaskan pada generasi baru dunia maju tapi bukan kita nombor satu
Dunia serba canggih tapi kita masih menagih, dunia pesat membangun tapi kita masih mengalamun
Salah siapa lain makan nangka, lain kena getah, lain jadi cerita, lain jadi mangsa,
Kerana nila setitik rosak semua susu sebelanga.
Samseng (4x) ini bukan zaman samseng
Samseng (4x) bukan zaman banteng2
Samseng (4x) tiada tempat tunjuk samseng
Samseng (4x) ini bukan zaman samseng
p/s : Ahad 29 September 2013
36 hari sudah MC. Rindu pula hendak bekerja. Huhuhuhuhu. Oh ada orang yang sudah setahun meraika kebebasan dari bekerja makan gaji. Tetapi masih punca pendapatan dari perniagaan. Yang penting simpanan 9 - 10 bulan dari jumlah gaji yang ada untuk keselamatan. Oh Ahad sudah berjaya misi dapatkan lampu-lampu dan kipas-kipas. Alhamdulillah. Kami keluar sekitar jam 11.00 pagi. Memang tidak ketahuan namun kami cuba ke kedai lampu berdekatan Podez. Melihatkan ada lampu berkenan maka kami menyambar 1 set lampu untuk bilik tidur utama kami, 1 lampu depan jamban, 1 lampu depan meja solek, 2 lampu depan tangga dan 1 lampu lekap dinding begitu. Dalam 1.20 tengahari selesai semua. Kami pueh hati sebab kedai itu semua lampu boleh coba-coba. Cari makan dulu di Gulai Panas. Hadoi penuh orang tetapi lauk masih ada. Kami makan-makan lauk ikan banyak. Lepas makan sambung cari kipasan pula. Pergi ke kedai elektrik di C180 tapi tiada kipas selain DEKA. Sen Heng macam biasa kurang menarik. Masuk balik CIMA. Memang layan diri sebab pekerja sibuk amat. Ok sebab boleh coba-coba petik semuaan lampu. Ada pun berkenan untuk letak di dinding. Beli 1. Banyak puluh-puluh contoh kipas angin! Tetapi sebab ingin praktikaliti kami beli 2 biji KDK sahaja. Balik solat dulu di masjid sebelum minum petang di Pacific Coffee C180. Ok juga kali pertama makan di sana dan lokasi yang strategik agak. Hiasan dalaman yang cantik dengan kedai yang besar. Cuma nak lalu agak mencabar moga boleh bertahan. Malam santai sahaja kami. Seterusnya adalah `flooring` !
kata - kata ini hari : Your time is limited, so don’t waste it living someone else’s life. –Steve Jobs
__________________________________________________
0 Responses to “::: jerlus :::”
Leave a Reply