FREEDOM! FOREVER!



::: watan :::


E-mail this post



Remember me (?)



All personal information that you provide here will be governed by the Privacy Policy of Blogger.com. More...



 


========================
LAGU ASKAR WATANIAH
========================

Ini satu harapan
Dari barisan sukarelawan
Penuh semangat dan keyakinan
Berdiri sebagai pahlawan

Mari muda dan mudi
Sahutlah seruan pertiwi
Tak kira keturunan ataupun bangsa
Berkhidmat dengan bangganya

Kami sukarelawan
Juga sukarelawati
Kami rela berhadapan
Berundur tak sekali-kali

Ini azam dan janji
Menjadi satu sumpahan kami
Taat dan bersedia setiap masa
Berkhidmat untuk negara 



p/s : Selasa 5 March 2013 .

Temujanji  untuk topeng baru hari ini ditangguhkan kerana fisioterapist ada urusan kecemasan kata kliniknya . Maka duduk di rumah sahaja . Alhamdulillah sudah nampak cuping telinga  saya ini . Oh pagi tadi waktu pulang dari menghantar Alyaa kedengaran dan kelihatan 2 helikopter berlegar di udara . Maka teringat saya dahulu turun dan naik helikopter . Kali terakhir naik helikopter adalah diusung `stretcher` . Dalam helikopter agak hangat . Enjin di atas kepala . Tetapi itulah pengangkutan paling segera ke pelantar minyak . Laju amat sekali pun sejam dua jam juga . Untuk menaiki helikopter , penumpang hendaklah melaporkan diri di balai berlepas 2 jam sebelum penerbangan . Ada 3 kali penerbangan sehari iaitu pagi 7.45 , 10.45 dan petang jam 2.45 . Sebelum bertolak semua penumpang hendaklah menonton video keselamatan . Kalau bernasib baik ada `random` UDAT iaitu Ujian Dadah dan Alkohol . Ye lah mana boleh mabuk dan `high` hendak bekerja di sana . Dahulu kami dibenarkan pakai pakaian apa sahaja tapi kini semua penumpang kena pakai `coverall` . Selepas dipanggil kami akan memakai `life jacket` sebelum menaiki helikopter . Sepanjang perjalanan dengarlah sahaja bunyi enjin yang bingit atas kepala . Juruterbang akan memberitahu pelantar mana tiba untuk diturunkan penumpang . Sampai di pelantar penumpang akan turun dan mengambil beg yang diturunkan oleh krew di atas `helideck` . Sampai di pelantar , laporkan diri , ambil tuala + sabun + `check in` hotel 8 bintang atas laut . Macam biasa kena dengar video keselamatan pelantar tersebut . Paling penting jumpa dulu penguasa pelantar dan maklumkan tujuan kehadiran kita . Kemudian itu makan !

Oh pagi tadi Misi di Sabah sudah dilaksanakan  Moga selamat insyaAllah . Ketepikanlah ideologika dan politika mari bersatu seketika ini genting ! Semangat !

   
 kata - kata ini hari : 

β€œIt's so hard to forget pain, but it's even harder to remember sweetness. We have no scar to show for happiness. We learn so little from peace.” 
― Chuck Palahniuk, Diary

   

 laman web hari ini : MY Dear Korea
  __________________________________________________


0 Responses to “::: watan :::”

Leave a Reply

      Convert to boldConvert to italicConvert to link

 


Lilypie Fourth Birthday tickers Daisypath Next Aniversary Ticker Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers

AboutMe

  • I'm reef
  • From Kerteh New Town, Terengganu, Malaysia
  • The Last Man Standing
  • My profile

Previous posts

Archives

[Hidup Mesti Terus]

Lingkaran

Lakaran

Liputan

Lingkungan

Lembaran

Lebuhraya

Lengkapan

Lampiran

Laluan

Katakanlah





target= target=!--################################# Put your links here ############################################--_blank