FREEDOM! FOREVER!



::: juri :::


E-mail this post



Remember me (?)



All personal information that you provide here will be governed by the Privacy Policy of Blogger.com. More...




================================
150 Juta – Fynn Jamal
=========================

Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu


“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”

Eh dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata

“Sayang mungkin baran tak kira masa”
“Tapi sayang tahan kalau yang salah saya”
“Sayang mungkin saja keras kepala”
“Tapi sayang manja bila kita berdua”
“Saya kenal sayang saya”

Buat apa di cerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua


 
 p/s :  

Fri 8 Februari 2013

Saya sudah 31 tahun ! Sudah kategori berumur sudah . Sudah 31 tahun menghidupkan diri di bumi Allah SWT . Perasaan berbelah bagi waktu ini . Belum `pertengahan` umur lagi . Risau kesihatan diri sendiri , isteri saya dan anak tercinta . Alhamdulillah hari ini sudah makin sihat Nur Alyaa Humaira . Minggu ini juga minggu lepas minggu yang agak sedikit perlahan . Banyak cuti yang mana ramai pekerja yang tiada di pejabat .

Mon 25 Februari 2013

Saya masih dalam MC . Semenjak Rabu 20 Feb 2013 kerana ada sedikit prosedur di muka dan telinga . Kali ini kena tahan dan bermalam ! Ini kerana ada sedikit baiki di telinga di mana untuk kurangkan tegangan pada bahagian telinga dan membentuk cuping . Saya lapor diri tepat jam 7.20 pagi Rabu 20 Feb di bahagian `Admission` . Selepas selesai saya di bawa ke wad 5G-2 yang sama dengan yang saya duduk lebih sebulan waktu 2011 . Abah saya teman saya dahulu kerana isteri saya hantar anak saya ke tadika pada awal pagi . Lama juga tunggu doktor panggil ke bilik bedah . Sempatlah isteri tersayang saya sampai jam 9 lebih . Dalam 10.30 pagi saya di bawa ke bilik bedah . Macam biasa cucuk ubat dan air kemudian sedut oksigen . Sedar-sedar sudah siap . Telinga berjahit dan muka dibalut `gouse` . Saya ditolak ke bilik dan air masih `drip` ke tangan kanan . Minta tolong isteri suapkan makan kerana tangan kanan ber`drip` . Saya terlena dari 1.30-2.30 kemudian baru makan . Pening kepala akibat ubat mungkin . Isteri saya pulang sekitar 4.30 kemudian ibu bapa saya datang teman sampai jam 9.30 malam . Tidur pun tidak lena malam itu di wad kerana jaga telinga dan tangan yang masih ada jarum .

Khamis 21 Feb saya sedar dalam 6.50 . oh lupa saya solat dengan tayamum ketika itu . Cuba tidur semula namun tidak boleh . Terkebil - kebil kemudian jururawat datang ambil suhu + tekanan darah . Sarapan pun sampai apa lagi `ngappp` dahulu . Oh lupa semalam kereta isteri saya `fuel pump` rosak berhampiran rumah dan syukur mekanik tidak jauh . Hari ini guna kereta ayah dan isteri saya sampai dalam 10 lebih . Terima kasih dapat bunga dan kunyah - kunyah ! (-_-) . Kami santai bersama sambil tunggu bila doktor mahu tiba . Jururawat di klinik datang dan beritahu next `dressing` dan cabut benang . Aduhh . Pada Rabu 25 Feb . Seminggu itu . Petang jam 6 kami boleh `check out` dan pulang ke rumah . Ada antibiotik sahaja bekal untuk dihabiskan . Alhamulillah tiada sakit apa di muka dan telinga .
   
 kata - kata ini hari : “Good friends, good books, and a sleepy conscience: this is the ideal life.”
― Mark Twain
   
 laman web hari ini : Ummi Ain

  __________________________________________________


0 Responses to “::: juri :::”

Leave a Reply

      Convert to boldConvert to italicConvert to link

 


Lilypie Fourth Birthday tickers Daisypath Next Aniversary Ticker Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers

AboutMe

  • I'm reef
  • From Kerteh New Town, Terengganu, Malaysia
  • The Last Man Standing
  • My profile

Previous posts

Archives

[Hidup Mesti Terus]

Lingkaran

Lakaran

Liputan

Lingkungan

Lembaran

Lebuhraya

Lengkapan

Lampiran

Laluan

Katakanlah





target= target=!--################################# Put your links here ############################################--_blank