FREEDOM! FOREVER!



::: 2 tahun :::

0 comments


Dua tahun bersamamu
Sejak kian lama kita bertemu
Dari tempat menuntut ilmu
Kemudian ke Kerteh jadi tetamu

Berbagai cabaran dan dugaan dihadapi
Namun daku akan terus menjaga rapi
Dengan kasih sayang tidak bertepi
Dikaulah rindu pengubat sepi

Daku ingin berikan terbaik
Dalam hidupan turun naik
Gunung tinggi kita daik
Turun pula baik-baik

Moga cinta hingga ke syurga
Kerana segalanya penuh berharga
Keutuhan jiwa tiada terhingga
Laksana angkasa berwarna jingga

Syukur tanpa disangka dikau jodohku
Walau awalan tiada sangka ia kan berlaku
Aku pula malu-malu kaku
Berkata sepatah berbaur baku

Doa hari-hari moga Allah berkati
Dengan anak-anak comel menanti
Usaha membaiki diri tidak akan terhenti
Kerana cintaku pada isteriku tulus suci dan sejati

11.55 PM
11 Dec 2010


p/s : Selamat Ulang Tahun ke2 Isteriku sayang =_=

kata - kata ini hari : Never put off doing till tomorrow what you can put off doing today.Anonymous.

laman web hari ini :
1. Ceritera Cinta
2. My Klikers
3. Pix Cursor
4. MHafis Foto
5. Mohd Shah Erhan

__________________________________________________


::: kiyai :::

0 comments


Salam Maal Hijrah ! apa hijrah pada anda? awak di sana? kamu yang sedang lena diulit mimpi? Hijrah bukan sahaja cuti. Secara perspektif berpindah atau beralih dari suatu keadaan atau tempat kepada yang lain. sudah semestinya ke arah yang lebih baik begitu.

Bagi saya masa zaman persekolahan salah satu penghayatan adalah dengan pertandingan nasyid maal hijrah. Lagu rasmi sudah mestinya Satu Muharram. Pertandingan sesama kelas yang amat mencabar sekali. Meningkatkan kreativiti di mana ada di selitkan drama / pentomen / sketsa. Lagi satu pula lagu tambahan pilihan. Tatkala itu ada Saujana,Hijjaz,Raihan,Rabbani,Brothers dan lain-lain. Antara lagu kami pilih dari Raihan. Oh latihan sampai tengah malam itu. Menang tidaklah. Yang penting penghayatannya.

Saya kini dah 4 tahun lebih saya dihijrahkan ke bumi Kerteh ini. Kerteh bukan asing bagi saya. Saya pernah berada di Kerteh dari zaman pra sekolah hingga ke darjah dua. Kembali ke Kerteh seperti pulang ke kampung. Alhamdulillah jodoh saya ketemuan di Kerteh dan sudah ada seorang anak perempuan yang amat comel begitu. Masa saya sekolah menengah saya berhijrah ke Seremban kemudian universiti di bumi Tronoh.

Esok lusa saya tidak tahu ke mana saya akan dihijrahkan secara fizikal. Mungkin sana , sini , situ ? Yang penting mari kita hijrah sekarang ke arah yang lebih baik dari sebelum ini, insyaAllah.

Oh perkembangan Alyaa sudah pandai sebut air untuk air.Tapi nak minta makan pun air gak.Uhuks.Pandai tata,salam cium tangan,pandai buka laptop sendiri.Makin hari makin bijak itu.Namun teringat cabaran zaman sekarang untuk mendidik anak - anak . Itu dan ini pengaruh zaman sekarang. Moga Allah memudahkan kami suami dan isteri mendidik anak - anak. Amin.

Oh minyak naik lagi atau diselaraskan. Oh kita dilaporkan kita masih rendah berbanding Singapura , Indonesia , Thailand dan lain-lain. Namun persoalan sekarang kita duduk negara mana? Jawab jangan tidak jawab. Berilah alasan lain pula. Uhuks. Hari ini agak tidak hujan boleh basuh baju kami sekeluarga. Minggu depan kena bertugas di lautan pula. Sob9. Taaaaaaaaaaaaaa.

kata - kata ini hari : Don't let the chains of the world keep you down. Cast them off, and be free to fly.Anonymous.

laman - laman web hari ini :

1. Hijrah Huzaifah
2. Qalam Khairunnisa
3. What Say You?...
4. SIMPLY_SEWING_ROOM
5. P I N K P E P P E R M I N T

__________________________________________________


::: air :::

0 comments


=====================
Ashabul Kahfi

By Raihan
=====================

Tercatat sudah dalam sejarah
Tujuh pemuda yang beriman
Melarikan diri kedalam gua
Demi menyelamatkan iman

Disangka tidur hanya sehari
Rupanya 309 tahun
Zaman bertukar beberapa kurun
Di bumi bersejarah Urdhu

Begitulah kuasa Ilahi
Kepada ashabhul kahfi
Tiada mustahil di dunia ini
Jika kita beriman dan bertakwa

Tercatat sudah dalam sejarah
Tujuh pemuda yang beriman
Tulang belulang berserakan
Tulah dari binatang tunggangan
Juga anjing yang dinjanjikan surga
Qitmir yang mulia

p/s : seronok bersama keluarga hujung minggu ! bermain - main dengan Alyaa !
gelagat pelbagai termasuk pandai urut bapa dia. eh terima kasih isteri tercinta memasak hujung minggu =_= nyum9~~~

kata - kata ini hari : Attitude: the difference between squashing and being squashed. Anonymous.

laman web hari ini : Nukilan Hati

__________________________________________________


Lilypie Fourth Birthday tickers Daisypath Next Aniversary Ticker Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers

AboutMe

  • I'm reef
  • From Kerteh New Town, Terengganu, Malaysia
  • The Last Man Standing
  • My profile

Last posts

Archives

[Hidup Mesti Terus]

Lingkaran

Lakaran

Liputan

Lingkungan

Lembaran

Lebuhraya

Lengkapan

Lampiran

Laluan

Katakanlah





target= target=!--################################# Put your links here ############################################--_blank