Salam Maal Hijrah ! apa hijrah pada anda? awak di sana? kamu yang sedang lena diulit mimpi? Hijrah bukan sahaja cuti. Secara perspektif berpindah atau beralih dari suatu keadaan atau tempat kepada yang lain. sudah semestinya ke arah yang lebih baik begitu.
Bagi saya masa zaman persekolahan salah satu penghayatan adalah dengan pertandingan nasyid maal hijrah. Lagu rasmi sudah mestinya Satu Muharram. Pertandingan sesama kelas yang amat mencabar sekali. Meningkatkan kreativiti di mana ada di selitkan drama / pentomen / sketsa. Lagi satu pula lagu tambahan pilihan. Tatkala itu ada Saujana,Hijjaz,Raihan,Rabbani,Brothers dan lain-lain. Antara lagu kami pilih dari Raihan. Oh latihan sampai tengah malam itu. Menang tidaklah. Yang penting penghayatannya.
Saya kini dah 4 tahun lebih saya dihijrahkan ke bumi Kerteh ini. Kerteh bukan asing bagi saya. Saya pernah berada di Kerteh dari zaman pra sekolah hingga ke darjah dua. Kembali ke Kerteh seperti pulang ke kampung. Alhamdulillah jodoh saya ketemuan di Kerteh dan sudah ada seorang anak perempuan yang amat comel begitu. Masa saya sekolah menengah saya berhijrah ke Seremban kemudian universiti di bumi Tronoh.
Esok lusa saya tidak tahu ke mana saya akan dihijrahkan secara fizikal. Mungkin sana , sini , situ ? Yang penting mari kita hijrah sekarang ke arah yang lebih baik dari sebelum ini, insyaAllah.
Oh perkembangan Alyaa sudah pandai sebut air untuk air.Tapi nak minta makan pun air gak.Uhuks.Pandai tata,salam cium tangan,pandai buka laptop sendiri.Makin hari makin bijak itu.Namun teringat cabaran zaman sekarang untuk mendidik anak - anak . Itu dan ini pengaruh zaman sekarang. Moga Allah memudahkan kami suami dan isteri mendidik anak - anak. Amin.
Oh minyak naik lagi atau diselaraskan. Oh kita dilaporkan kita masih rendah berbanding Singapura , Indonesia , Thailand dan lain-lain. Namun persoalan sekarang kita duduk negara mana? Jawab jangan tidak jawab. Berilah alasan lain pula. Uhuks. Hari ini agak tidak hujan boleh basuh baju kami sekeluarga. Minggu depan kena bertugas di lautan pula. Sob9. Taaaaaaaaaaaaaa.
kata - kata ini hari : Don't let the chains of the world keep you down. Cast them off, and be free to fly.Anonymous.
laman - laman web hari ini :
__________________________________________________
0 Responses to “::: kiyai :::”
Leave a Reply