lama dah tak tengok citer sembilu
lapar sangat pekena bahulu
makan lah saya apa yang perlu
asal jangan makan ulat bulu
rasa keliru tersesat jalan
bawa kereta hendaklah pelan-pelan
kalau tidak mungkin sampai ke bulan
nasib baik sampai negeri sembilan
agak kepanasan pula hari ini jumaat
tengok tv kadangkala meluat
ada lawak yang dibuat-buat
pelakon pula tangkap muat
tengok astro pula macam-macam ada
cuma tiada trio santan berlada
hujung tahun adalah pertandingan kuda
pergi tengoklah encik ahmad muda
bingit bising lagu m nasir
kawan saya duduk dekat kampung pasir
angin laut pantai berdesir
mengerbangkan rambutku yang segar tersisir
oh jiwang pula tetiba
bagai bulan jatuh ke riba
macam tengok lion king punya simba
teringin nak beli jam alba
hati resah perasaan gundah
segala halangan akan ku redah
untuk hari-hari yang indah
biarlah kebahagiaan sampai ke sudah
hatiku girang tak terkata
menuju puncak cinta kita
semua tiada sabar tunggu berita
dari hati jatuh ke mata
oh jumaat aku suka
lepak-lepak belaka
tiada mengapa tiada jika
janji bahagia aku mereka
seloka ini agak merepek
tapi aku suka makan kerepek
mulut aku kadangkala pokpek
kalah itu apek
masa sungguh cepat berlalu
aku rasa macam baru semalam dulu
janganlah sebak janganlah pilu
biarlah lidahmu terkelu
10.10.2008
lepas jumaat!
p/s : hujung minggu!
kata - kata ini hari :
When there are too many policemen, there can be no liberty. When there are too many soldiers, there can be no peace. When there are too many lawyers, there can be no justice. ~ Lin Yutanglaman web hari ini :
Transcend__________________________________________________
0 Responses to “::: sedap :::”
Leave a Reply