suara
tiada perlu bunyi
tidak juga rentak
mahupun irama
bunyi
ada tiada sedar
apatah lagi terdengar
dek tersumbat terlalu lama
rentak
langkah kaki yang berderap
pantas dan perlahan bersilihan
tiada jua sedar perubahan
irama
ada baru, lama dan campuran
terlalu sukar terima yang lain
mempertahankan sahaja yang ada
muzik
ada mana-mana
unggas-unggas jua bermuzika
cengkerik menggirangkan malam
dering
membangunkanku dari mimpi
mimpi yang tiada mungkin nyata
ilusi impresi saban masa
-reef--12 nov 2006--1:47 pagi-p/s : esok kerja! mari berkarya!
kata - kata ini hari :
"There is no end. There is no beginning. There is only the infinite passion of life." ~Federico Fellini (January 20, 1920 – October 31, 1993) Rimini, Italy.
laman web hari ini :
KedaiKopi____________________________________________________________
0 Responses to “::: lafaz :::”
Leave a Reply