FREEDOM! FOREVER!



::: gelak :::


E-mail this post



Remember me (?)



All personal information that you provide here will be governed by the Privacy Policy of Blogger.com. More...





.............................................
Kumpulan : Iklim

Tajuk : Di Pintu Mahligai
....................................................................

Di dalam kesunyian
Kurasa gelombangnya
Menyintaimu satu kewajipan
Tapi tak terluah dengan perkataan

Tika fajar menyinsing
Kusentuh sinar kasih
Dari matamu dekat dan terasing
Aku menanti singkapan tabir cinta
Aku menanti saaat menjadi nyata

( 3 )
Kesunyian ini terlalu indah
Walaupun pahit untuk menelan
Walaupun pedih sanggupku tahan
Dan kurelakannya

Puteri di pintu mahligai
Kulihat kasihmu melambai
Walaupun jauh tapi jelas
Jiwaku menyentuh jiwamu

Puteri di pintu mahligai
Nyatakan segala impian
Sambutlah tangan sambutlah
Semoga terlepas segala siksaan

( ulang dari 3 )

Dengan sayap impian
Ingin terbang ke sana
Membawa cinta sebesar dunia
Apa jua milikku dan kutahu
Hanya untukmu

p/s : irama `di pintu mahligai` dendangan `iklim` berkumandang dari mp3 saya ini malam. sekian lama melayan lagu terbaru sahaja. sesekali terlayan jua lagu lama terutama lagu lama yang hebat seperti lagu ini. esok sudah 5 mei 2006. esok akan mengambil tugasan dari `superior` di pejabat sebelum mereka semua mengundurkan diri. saya boleh sahaja membiasakan diri di mana-mana sahaja. kiri ke kanan ke depan ke bawah ke. kerana motto saya `i can be everything, i can do anything`. dalam dunia serba mencabar ini makin perlu ilmu untuk membiasakan dan adaptasi dengan pelbagai suasana dan manusia. tadi dengan rajinnya bertanya ada tidak ruang kosong kala hujung minggu dan kak sya menawarkan menjaga `speed` ahad ni. bolehlah sebab tidak pernah jaga `speed` lagi. makan tengahari di `kuali` lagi kerana rakan rakan gemar makan di sana. semua pun sudah tamat `ojt` dah. tajuk forum tadi `kawan dan sahabat`. saya bagi saya ada lagi satu konsep iaitu `stranger`. kadangkala `stranger` diperlukan kerana tiada `bias` apabila menasihati kita. pandangan mereka juga secara umum sahaja namun boleh dipraktikkan. cuma `stranger` tidak mungkin dikenali serapat kawan mahupun sahabat. cuma terfikir macam semakin ringan tajuk forum perdana masa kini. mungkinkah tajuk berat tidak sesuai lagi? kala modenisasi untuk yang berat perlu dicari sendiri atau terlalu banyak tapisan walau dalam forum perdana. saya mula mahu melengkapkan lagi diri dalam arus yang makin menyunami ini. rakan-rakan menyatakan saya suka gelak walau pada awal semasa akademi saya pendiam dan serius sahaja. itulah saya mungkin. saya memang begitu. tidak kenal maka tiada kenal lah. esok dan esok lagi, saya tidak tahu apa cabarannya. luse dan luse lagi yang penting saya sudah ada kerja untuk dijalankan. saya tidak gusar lagi dengan jawapan dari petronas. cuma tetap impian dan harapan untuk berbakti pada petronas insyaAllah. rezeki? jodoh? makin misteri. janganlah hidup anda diselubungi misteri. selamat malam jumaat!

kata - kata ini hari : Masa Itu Laksana Pedang ( pepatah Arab )


laman web hari ini : KOLEKSI LIRIK LAGU MELAYU IMNOGMAN
( Koleksi lirik lagu ini didedikasikan kepada semua pelayar-pelayar internet Malaysia, Singapura & Brunei Darussalam yang berada di serata dunia walau apa jua situasi mereka. Sasaran Koleksi ini ialah mencapai sejumlah 1001 lirik lagu menjelang Tahun 2002. Untuk tujuan itu anda semua dijemput membantu dengan menyumbangkan lirik lagu. Kalau boleh dalam format ASCII/text. Tapi kalau dalam format lain pun tak kisah. )
_________________________________________________________________


0 Responses to “::: gelak :::”

Leave a Reply

      Convert to boldConvert to italicConvert to link

 


Lilypie Fourth Birthday tickers Daisypath Next Aniversary Ticker Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers

AboutMe

  • I'm reef
  • From Kerteh New Town, Terengganu, Malaysia
  • The Last Man Standing
  • My profile

Previous posts

Archives

[Hidup Mesti Terus]

Lingkaran

Lakaran

Liputan

Lingkungan

Lembaran

Lebuhraya

Lengkapan

Lampiran

Laluan

Katakanlah





target= target=!--################################# Put your links here ############################################--_blank