FREEDOM! FOREVER!



::: simbah :::


E-mail this post



Remember me (?)



All personal information that you provide here will be governed by the Privacy Policy of Blogger.com. More...





sekali air bah
sekali pantai berubah
sederap kaki melangkah
setapak ditinggalkan

redup wajahnya
tidak seperti dahulu
sesuatu menyelubungi
menutupi kesugulan jiwa

tawa hanya rekaan
tangisan dalam terserlahan
lama sangatkah
tidak bersua bersapa

renung tenung dalam
memang lama juga
apa yang berubah
tiada disangka

ada yang masih sama
sama luaran
sama dalaman
tidak kurang kehilangan

hari ini orang lain
esok sudah jadi entah siapa
bagai tidak ku kenal dirinya
bagai kosong jiwa

masihkah ada ruang
kembali ke asal
ke zaman riang
masa kegemilangan

termenung sendirian
diri ini mungkin yang lain
yang berubah tanpa disedari
terarah dari posisi

biarlah air bah
ombak melanda
aku tetap ku
datang ku
pergi ku
biarlah
seperti
yang kalian
kenali
selamanya

p/s : lalalalalalala. perasaan apakah ini hari? rasa takut? rasa debar? rasa cuak? atau tiada rasa. sabtu yang amat santai. pagi-pagi sudah sarapan roti boom bersama teh tarik sebelum membeli 4 biji surat khabar yang seperti dipinta ayah saya. ia. selamat hari ayah kepada ayah saya. tapi tiada pula saya lafaz padanya. mungkin. maybe. setiap hari adalah hari untuk ayah saya. oh. saya memanggilnya abah. dia idola saya. dia pembakar semangat saya. bayang-bayangnya ada dalam diri saya. tidak samar bayangan. saya tiada ingin apa-apa. cuma bahagiakan dia. menyambung kerjaya dan perjuangannya. apakah perjuangannya? itu rahsia. esok. mari bertemu orang ramai pengunjung. minggu depan mungkin sabtu akan bersukarelawan. ada sesuatu itu tidak perlu diceritakan. saya ingin bulatkan hati saya dengan apa sahaja yang saya lakukan. ia keihkhlasan dan ketabahan perlu ada. saya rasa saya perlu lagi tabah kerana kawan-kawan saya ada yang hadapi cabaran dan dugaan hidup yang lebih berliku lagi tiada terkata. biarlah lain-lain masalah, namun matlamat tetap sama ingin majukan diri, bina kerjaya. kita tidak tahu apa jadi esok. esok saya seringkali adalah pengalaman berharga. selalu juga ketemu simpang suka dan duka. terpapah semuanya, jadi azimat yang sangat tidak ternilai dengan harta benda. makin pantas masa berlalu, makin berusia kita, makin jauh ditinggalkan silam. cuma, apabila silam datang, laksana album yang dibelek-belek. mengingatkan, saya pernah di sana, pernah mengalaminya. ada yang bertanya? tiadakah cita-cita? tiadakah matlamat kehidupan? saya menjawab, saya hanya ingin cari redhaNYA, ikuti jalanNYA yang lurus, ikut sahaja rentaknya. bolehkah begitu? tiada optimiskah? tapi masing-masing ada alasannya. biarlah ia jadi asas saya yang kukuh untuk menghala ke cita-cita suci murni lagi sejati => uhuks. lagu `seize the day` masih lagi tidak buhsan dilayan. masih mendahului carta winamp saya. sebab lagu dan lirik nya yang agak sempoi dan slumber dudu. oh. petrosains VMU baru selepas menelefon ingin konfemkan yang saya akan bekerja esok. jangan risau. saya pekerja yang berdedikasi. konon! eh. kepada sahabat saya seorang itu. tabahkanlah hatimu. ku fahami kerana pernah dan sedang alaminya. percayalah kekuasaan cinta itu bisa hadapi segala-galanya dengan doa, usaha dan tawakkal padaNYA. selamat malam ahad! lalalalalalalala.

kata - kata ini hari : "The longest day must have its close — the gloomiest night will wear on to a morning. An eternal, inexorable lapse of moments is ever hurrying the day of the evil to an eternal night, and the night of the just to an eternal day." ~ (Harriet Beecher Stowe)

laman web hari ini : M. Bakri Musa
( Malaysian-born Bakri Musa writes frequently on issues affecting his native land, Malaysia. Bakri’s day job is as a surgeon in private practice in Silicon Valley, California. He and his wife Karen live on a ranch in Morgan Hill. E-mail: bakrimusa@juno.com Note: This website is updated every Sunday and Wednesday at 5 PM California time. )
______________________________________________________________


0 Responses to “::: simbah :::”

Leave a Reply

      Convert to boldConvert to italicConvert to link

 


Lilypie Fourth Birthday tickers Daisypath Next Aniversary Ticker Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers

AboutMe

  • I'm reef
  • From Kerteh New Town, Terengganu, Malaysia
  • The Last Man Standing
  • My profile

Previous posts

Archives

[Hidup Mesti Terus]

Lingkaran

Lakaran

Liputan

Lingkungan

Lembaran

Lebuhraya

Lengkapan

Lampiran

Laluan

Katakanlah





target= target=!--################################# Put your links here ############################################--_blank