SAJAK AKU YANG KECUNDANGKecundangnya aku hari ini
kerana solatku tidak terjaga kemasnya
solatku tiris dan tipis
solatku longgar dan hakis
solatku menjadi sekadar ingatan paksaan
bukan keikhlasan
Aku kecundang wahai teman
kerana kelemahan dan kegagalanku
setelah aku terfana pada kesibukan dunia
yang ku katakan alasan segala alasan
alasanlah yang tinggal kini
yang nanti aku kupersembahkan di kemudian hari
Kecundang bermakna dosa
aku memohon keampunan
taubat dan hidayah cita-citaku kini
setelah kecundang
Siang dan malam
pagi dan petang
aku berdoa supaya tidak terus kecundang
p/s : sebulan lebih sahaja lagi sebelum peperiksaan akhir.
kelas Cultural Antropology petang ni menarik juga berkisar
tentang Gender and Religion. esok mungkin bermula puasa.
malam ini mari bertarawikh. sajak diatas copy paste sahaja
dan bukan karya sendiri. belum datang ilham lagi.
khamis pilihanraya kampus UTP lak. x kenal sgt calon2.
tatau mau turun ke tidak memangkahkah diri. mari dinner
awal untuk tarawikh malam ini.
_____________________________________________________________________________________
0 Responses to “::: sajak :::”
Leave a Reply