--------------------------------------
Kumpulan : Far East
Tajuk : Gerimis--------------------------------------
tika terkuak jendela hari
fajar belum pun menyisih lagi
tercari-cari kemana pergi
dia yang pernah menemani disisi
kuharap sinar menerang kabus
agar terang lorong perjalananku
kusangka cerah siangku hari ini
mendung pula menutupi
gerimis ini terlalu pagi
menghantar sayu pilu dihati
gerimis ini bagai mengerti
dikau yang pergi takkan kembali
menyekat gerimis gerimis yang gugur dipipi
terimbau kenangan yang pernah terlukis
dalam gerimis yang bagaikan mengerti
jasadmu diusung pergi
kupujuk diriku tidak menyesali
pemergianmu tertulis di azali
namun hati ini sukarku bohongi
kehilanganmu tak berganti
gerimis tiba dihujungnya
sampai waktu kan berhenti jua
begitulah kehidupan kita didunia
tiada siapa yang kekal selamanya
entah bila waktu ku akan tiba
p/s : Alhamdulillah kepulangan dari sahur bersama tat, bun dan alien.
nasi goreng ayam bersama nescafe o ais menjadi hidangan. tat
membelanjai kami french fries. yum yum yum. hari ini sudah rabu. jumaat
mahu pulang. semalam melayan movie `the wedding singer` lakonan adam sandler
dan drew barrymore. menarik juga. nyenyak juga ketiduran sebelum sahur tadi.
tidak lupa semalam memecahkan rekod dengan pergi ke bazar ramadhan. erm.
tiada apa yang menarik sangat. lagi menarik bazar ramadhan batu gajah dan
bertapau di kafe yaumi [-_=]. ahaks. mari meneruskan perjuangan hari ini.
_____________________________________________________________________________________
0 Responses to “::: sahur :::”
Leave a Reply