Sesyahdu RamadanPerut yang lapar ini
sekejap cuma
semalam ia terlalu kenyang
dengan segala penyakit dan najis
Gembira menyambut Ramadan
sedih menghitung hari-hari perjalanannya
Ramadan pertama, Ramadan kedua, dan seterusnya
nanti Ramadan akan hilang
kita kembali mengenyangkan perut tanpa sempadan
tanpa keinsafan
tanpa mengingati Ramadan sekali lagi
Gembira menyambut Ramadan
kerana laparnya lapar nikmat
panasnya panas nikmat
hujannya hujan nikmat
setiap satu di bulan Ramadan
penuh syahdu
penuh kewarasan
Gembira menyambut Ramadan
tetapi ia akan pergi juga
p/s : syahdu sungguh malam ini. lailatul qadar kah malam ini? malam yang lebih
atau bersamaan dengan seribu bulan? hujan membasahi bumi tronoh yang suram ini.
pasti ramai yang akan lena dibuai mimpi-mimpi indah. sepuluh hari sahaja lagi
sebelum ramadhan berlalu. diri sendiri ini pun masih tidak menggunakan
kedatangan ramadhan seguna-guna. insyaAllah diri ini akan cuba mengejar malam-malam
terakhir ini. Alhamdulillah projek drilling dah selesai. jumaat ada kuiz math 5
sebelum dapat pulang berhari raya. ye raya. mari-mari hayati sajak yang
dipetik dari wanita.net . selamat mencari lailatul qadar semua.
_____________________________________________________________________________________
0 Responses to “::: syahdu :::”
Leave a Reply