Ramadan ini...Beduk tidak berbunyi
azan tidak sehidup biasa
perut lapar sepanjang hari
aku berbuka di dalam kereta
penanda hanya sang radio nasional
Hangit badan belum mandi
seteguk air membatal puasa
kukejar waktu Maghrib
bukan nasi ayam isteri yang harum bau
itu... nanti dulu
Pedal brek dan perutku merintih
teringat zaman di kampung bersama ibu
bersila di depan hidangan
menunggu bang
di kota, begini cara berbuka
ramadan sama dengan hari biasa
hati merintih mahu menjamu selera bersama keluarga
tiba di rumah mereka sudah kekenyangan
nanti kemudian aku keseorangan
menghadap rezeki Tuhan
p/s : pagi pukul 11 ujian matematik lima. wish me luck!
selepas itu mau update projek drilling pula. tidak lupa
projek sistem kontrol. tidak lupa juga tugasan lain.
pagi ni bersahur di restoran d`toronto. sahur nasi
goreng ayam sahaja. not bad lah. ada skrin besar
tengah menayangkan cerita apa tah. mahu sambung
belajar dahulu. semangat! selamat hari jumaat!
_____________________________________________________________________________________
0 Responses to “::: ramadhan :::”
Leave a Reply