FREEDOM! FOREVER!



::: kalong :::


E-mail this post



Remember me (?)



All personal information that you provide here will be governed by the Privacy Policy of Blogger.com. More...





Berada di udara semuanya nampak kecil
Terlihat perkampungan terpencil
Langsung tidak nampak pembawa Kancil
Orang Russia di angkasa guna pencil

Laju sangat jet pejuangku terbang
Sekejap sahaja sudah sampai Subang
Cakap banyak tidak perlulah gebang
Eh sudah sampai ke Gambang

Minyak hendak habis boleh isi di udara
Cuma lapar tiada makanan segera
Kehidupan mencabar tiada tara
Banyak menjerit hilang suara!

12.12.14

 

Stealing someone else's words frequently spares the embarrassment of eating your own. 
Peter Anderson   


Rabu 26 Novemberia 2014

Hari ini bermulalah penilaian MME! Layan sahaja jadi macam-macam watak. Bermula dengan OS Tiong A dan seterusnya. Seronok ada simulasi PAPA `Abandon Platform`.  Oh 4 tahun lalu saya berada di situasi sebenarnyaPAPA. Cari medik terus masuk `brucker` terus cabut. Tidak sama yo! Kelam kelabut malami. Hik hik hik. Kenangan ingat sampai bebila. Hari ini habis 5 orang  penilaian. Esok lagi 3 orang. Petang santai sahaja. Malam makan dengan Matdin. Matdin bestest aku dari dolu dolu zaman gile gile kerja. Sama sama KSB dan lelain. Still brotherhood strong. Makan kat kedai kegemeran dia Kijal Restoren. A lot to talk sambil layan bola!

Khamis 27 Novemberia 2014

Sob sob sob my assessment day! Alhamdulillah better than masa latihan. Talk louder! Clear! Gonna miss this team yang memudaan. Haha. Oh petang pukul 3.00 sudah habis. Tengok ada tayangan `Lelaki Harapan Dunia` maka layan dahululah. Tayangan pukul 4.10 petang. Khamis di Kerteh wayang tutup pukul enam. Malam Jumaat jangan berliburan duduk di rumah sahaja! Oklah sedap boleh tahan cerita ini. Tidak seterotaip walau itu bab KORBAN aku kurang setuju. Lain ok bagi pengarah cina. Pengarah Ayam Halal untuk 10Merdeka juga. Banyak sinikal dan gelagatan. Lepas Asar makan dekat kedai makan Kemasik depan sekolah. Teringat kenangan zaman dahulu. Denggggggggggggggggggggggggggggg. Makanan macam biasa nasi putih tomyam ayam telur dadar tanpa perlu pinta belacan + timun. Air nescafe ais. Oh aku sukakan PMO yang dahulu. Kini semua berubah mungkin ? Dahulu aku rasa 90% orang PMO aku kenal dan kenali aku. Waktu situasi Alhamdulillah pelbagai sokongan dari pelbagai pehak aku terima terutama pada keluarga aku. Ya paling sukar sekali untuk kami semua terutama apabila kita tidak tahu apa akan terjadi dan aku masih lagi tersadai dalam mimpi yang nyata amat sangat sekali. Malam sesiap kemas.

Jumaat 28 Novemberia 2014

Kemas dan simpan barang dan daftar keluar hotel. Time to say good bye. Sayonara Kerteh! Ke TSTC ambil sijil dan dapat 2 helaian baju dari TSTC dan wild geese. Salam salam dan teruskan perjalanan ke KL. Tapau Lemang dan terus cari jalan ke LPT walau sesat 30 monit juga! Alhamdulillah perjalanan ok. Oh singgah di Gambang beli dunkin donut dan kopi ais sedap dia. Slurpppp. Teruskan perjalanan dan solat Jumaat di Lanchang. Jam 2.00 siap solat teruskan perjalanan. Pukul 3.30 petang sudah sampai KL dan makan dulu di Wong Solo Bolo. Oh lupa kena hati-hati sangat di kawasan Genting Sempah bawa HILUXX. Sampai je rumah pukul 5.00 lebih hujan lebat wooooooooooooooooooooooooooooo. Malam kemas esoknya hendak balik Perlis pula….

Sabtu 29 Novemberia 2014

Perjalanan dari BTHO bermula jam 9.00 pagi. Pakcik Rosli yang bawakan kenderaan Estima. Jalan sesak juga hala Ipoh. Kami berhenti berehat di tempat kegemaran di RTC Ipoh. Makan di mamak! Sedap juga! Huhu. Teruskan perjalanan ke PErlis. Berhenti di RNR Gurun solat jamak semua. Uhuks. Lepas RNR Gurun saya pula bawa ke hala Kangaq. Sampai Kangaq sekitar 5.30 petang. Check in kan pakcik Rosli di Hotel Sri Garden. PEnuh juga kalau tidak booking. Sampai rumah santai rehat.

Ahad 30 Novemberia 2014

Back to KL! Sampai KL sekitar 7.30 malam juga. Alhamdulillah semua ok!



 

laman web hari ini : MyButterflyJasmine

  __________________________________________________


0 Responses to “::: kalong :::”

Leave a Reply

      Convert to boldConvert to italicConvert to link

 


Lilypie Fourth Birthday tickers Daisypath Next Aniversary Ticker Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers

AboutMe

  • I'm reef
  • From Kerteh New Town, Terengganu, Malaysia
  • The Last Man Standing
  • My profile

Previous posts

Archives

[Hidup Mesti Terus]

Lingkaran

Lakaran

Liputan

Lingkungan

Lembaran

Lebuhraya

Lengkapan

Lampiran

Laluan

Katakanlah





target= target=!--################################# Put your links here ############################################--_blank