==================================
Pertama Kali - Nuha AF 2014
==================================
Pertama kali ku melihatmu
Tak terlintas di hati ini
Untuk selalu berada bersamamu
Kerna cinta bukan keutamaanku
Kau hulurkan perkenalan
Ku menyambut tanpa ada rasa
Seperti tiada apa
Kerna jiwaku yang kosong
Ku ingin menyatakan
Dalam diam ku mencintaimu
Takkan bisa berubah
Walau apa terjadi
Ku kan terus mencintaimu
Walau kau tak pernah tahu
Tak pernah tahu
Tak semudah langkah
Ku serah diriku
Agar kau tahu
Ku bukan sembarangan wanita
Ku ingin menyatakan
Dalam diam ku mencintaimu
Takkan bisa berubah
Walau apa terjadi
Ku kan terus mencintaimu
Walau kau tak pernah tahu
Gerak tari dirimu
Mula merubah diriku
Siapa sebenarnya
Dirimu yang mula membuka
Pintu hatiku dalam diam
Ku ingin menyatakan
Dalam diam ku mencintaimu
Takkan bisa berubah
Walau apa terjadi
Ku kan terus mencintaimu
Walau kau tak pernah tahu
Ku ingin menyatakan
Dalam diam ku mencintaimu
Takkan bisa berubah
Walau apa terjadi
Ku kan terus mencintaimu
Walau kau tak pernah tahu
Hey... mencintaimu
Hey... mencintaimu
p/s : Sabtu 22 Novemberia 2014
Kerteh. Terlalu banyak memoria aku di sini. Bermulalah pengembaraan 6 hari aku ke Kerteh untuk menjalani latihan kursus `Menyelia Krisis Besar` di TSTC. Oh saya pinjam HiluX bapa kerana takut Kerteh dinaiki air dan hujan. Perjalanan bermula sekitar 10.30 pagi begitu. Agak sesak MRR2. Rupanya ada eksiden berhampiran Pandan Jaya. Singgah makan dahulu di Melati takut tidak sempat pula nanti. Oh sekitar 12 tengahari meneruskan perjalanan. Hujan sedikit sekitar Genting. Meneruskan perjalanan ke LPT dan singgah solat di RNR Temerloh. Sekitar 2.00 petang meneruskan perjalanan ke Kerteh. Alhamdulillah tidak mengantuk dengan HiluX yang berbumpy - bumpy ride begitu. Lalu Jabor dan laluan LPT ke Kijal sudah siap. Subhanallah cantik pemandangan sepanjang perjalanan. 30 minit sahaja sudah sampai ke Kijal. Oh jalan keluar dekat dengan sekolah Alyaa sekitar Kemasik. Jam 4.10 petang sudah check in! Oh terus cari filem ada Interstellar. Layan selama 3 jam begitu. Tapi memang sedap layan! Solat dan tapou Burger King. Burger King masih ada. Makan di hotel sahaja.
Ahad 23 Novemberia 2014
Hari pertama kursus! Sarapan sebelum 7.00 pagi itu. Oh 10 minit sahaja Awana ke TSTC. Dalam 8.55 pagi sudah tiba dan cari tempat. TSTC tidak banyak berubah semenjak kali terakhir aku jejak waktu zaman circa 2006 ambil BOSET. Ada 2 cikgu mat OZ. Kelas bermula sekitar 9.00 pagi. Ada junior - junior sahaja cuma aku dengan Abg Rosdi super seniorita. Kelas santai sahaja. Dengar sahaja perkongsian dari Encik Mike. Tengahari makan jumpa En Ibrahim. Akulah tegur dia. En Ibrahim sama macam dahulu dan waktu dahulu banyak aku belajar dengan dia itu. Jumpa juga bekas Tuan Rumah En Izwan yang sudah naik motorsikal BMW itu. Tengahari cikgu bagi opsyen untuk pulang atau melihat brother Esso menjalani amali. Kami tunggu jam 1.45 tengahari untuk tengok jejaka jejaka Esso. Lepas itu minum petang dan habis kelas! Oh apa lagi tengok layan Mocking Jay Part 1 pula. Memang masyuki. Malam layan makan dengan HAzeem dan MAsri. Makan di kedai western di kedai dekat Tabung HAji. SEdap juga. Banyak diperkatakan dan dibualkan. Good ol days! Uhuks.
Isnin 24 Novemberia 2014
Hari kedua bermula jam 11.00 pagi. Memang konon belajar di bilik. Terus amali dengan Brother Tiong jadi OSC. Oh dalam amali perlukan 6 orang. OSC, deputy OSC, panel man, radio operator, muster controller dan scriber. 2 lagi orang jadi pemerhati. 1 senario dalam 30 minit! Memang real sungguh dengan 1 mat saleh dengan 1 mat melayu jadi pelakon di luar. Uhuks. Macam biasa habis awal dan terlajak ke Kemaman. Kemaman masih sama . Makan di kedai kopi dekat dengan Al Ikhsan Kemaman. Hujan rerenyai. RM 5.00 sahaja kopi dan roti bakar. Nak makan Hai Peng tetapi macam tidak `winner` makan seseorang. Uhuks. Sekitar 5.00 petang pulang dan bungkus makan malam lemang dan rendang . Oh malam santai.
Selasa 25 Novemberia 2014
Meneruskan latihan intensif di Bilik Kawalan. Giliran saya belah petang dan Alhamdulillah berjaya laksanakan tugas dengan jayanya. Ahaks. Malam pula makan malam dengan ODan. ODan merupakan rakan karib dari sekolah sampai ke masa bekerjaan! Dear ODan. Miss ol days!
kata - kata ini hari : “Take things as they are. Punch when you have to punch. Kick when you have to kick.” – Bruce Lee
__________________________________________________
0 Responses to “::: feri :::”
Leave a Reply