=================================================
Maman > Di Wajahmu Kulihat Bulan
=================================================
Di wajahmu kulihat bulan
Yang mengintai di sudut kerlingan
Sadarkah tuan kau di tatap insan
Yang hauskan belaian
Di wajahmu kulihat bulan
Menerangi hati gelap rawan
Biarlah daku mencari naungan
Di wajah damai rupawan
Serasa tiada jauh dan mudah dicapai tangan
Ingin hati menjangkau kiranya tinggi di awan
Di wajahmu kulihat bulan
Bersembunyi di balik senyuman
Jangan biarkan ku tiada berkawan
Hamba menanti kan tuan
p/s : Khamis - Ahad [ 5 Dec - 8 Dec 2013 ]
Oh banjir melanda Pahang dan Terengganu. Amat banjir. Amat besar ujian mereka di sana. Hati aku sensitif tatkala Disember tiba. Masa aku makan, terlihat makanan, duduk selesa terkenangkan mereka di sana. Mereka ada di sana sahabat-sahabat aku, saudara aku. Aku teringatkan mereka. Semua sukar dan tidak mudah. Aku hanya mampu hulurkan bantuan kewangan sahaja. Kalau boleh ingin sahaja mobilisasi ke sana. Tiga tahun dahulu waktu kejadian itu semua sahabat, teman dan kawan beri bantuan. Amat besar sekali. Aku doakan mereka harungi dan tabahi serta cepat habis banjir untuk sambungkan kehidupan. Perkara yang terjadi biarlah pihak berwajib fikir masak-masak. Malas langsung saya tulis di sini blog ini. Buat sakit hati sahaja. OH filem Kolumpo macam menarik sahaja? 2 hari Khamis dan Jumaat ada Bengkel Kunci Indeks Pencapaian di GTower. Lega sama tempat dengan pejabat isteri saya bekerja. Hari pertama awal bangat sampai jam 7.50 pagi sempat sarapan dahulu dengan isteri tercinta saya. Mulalah dengan ucapan pengurus besar yang beritahu cabaran berliku-liku 2014. Saya pula tidak tahu ke unit mana lagi tahun hadapan. Sedap juga makan tengahari di GTower tingkat 28 restoren. Solat di P1. Ok juga surau walau di parking. Petang lambat juga balik. Lepas Maghrib En Sliding Door pun datang ukur-ukur baru makan.
Hari Jumaat pula masuk macam biasa 8.50 pagi di GTOwer. Harga letak kereta landai RM 5.00 sahaja. Hari ini dengar sahaja semua unit kongsi KPI. Tengahari makan dahulu sebelum solat di Tabung Haji. PErtama kali solat di Tabung Haji di depan lobi. Masa praktikal solat dekat bawah sahaja awal datanglah katakan. Uhuks. Lepas solat sambung pembentangan lagi sampai 5.30 petang. Malam santai. Sabtu pula kemas rumah dengan makcik Bunga. Vakum seluruh rumah maka makcik Bunga sapu lap mop semua. Petang jam 2.00 baru orang langsir datang pasang. Sikit sahaja ada lagi yang belum pasang nampak gayanya. Uhuks. Beli paip dan gunting konon hendak potong pokok rumput di luar. Nanti baru datang. Tengok lampu tapi kena order Ahad/Isnin barulah ada pula. Ahad santai sahaja duduk rumah buat basuhan baju. Oh mudahkan urusan sahabat-sahabat di Pantai Timur. Amin !
kata - kata ini hari : “I have enough money to last me the rest of my life. Unless I buy something.”
~Jackie Mason
__________________________________________________
0 Responses to “::: bah :::”
Leave a Reply