Lompat-lompat berhati-hati
Takut jatuh pula nanti
Lampu merah kena berhenti
Takut nanti dilanggar pedati
Elektrik naik perlu berjimat
Minyak angin ke minyak gamat
Guna kipas angin lagi selamat
Mohon posmen tersalah alamat
Semua naik ekonomi gawat
Apalah kita mampu naik pesawat
Bila penat rehat&rawat
Jadi askar kena berkawat
Rakyat kini amatlah tertekan
Para pemimpin pula makin sakan
Mana kita punya gerakan
Senyap sepi lepas diberi suap makan
Mari bangkit sahabat dan teman
Semua kita pun dah tiada taman
Yang tinggal sekangkang kera laman
Sudah lenyap ditelan zaman
Siang malam pun jalan sesak
Berpusu-pusu dan bergasak
Janganlah sampai jadi lasak
Sudah-sudah mari kita masak
11.00 . Selasa . 3 Disember 2013
p/s : Selasa 3 Disember 2013
Pagi jalan Alhamdulillah ok. Hujan rerenyai tapi tidak perlu payung. Sampai 9.00 sedikit lebihan. Sudah ada tugasan. Misi mencari kerja dengan TP. Esok perlu ada kongsikan pasal kerja dengan VP. Adeh. Petang pukul 3.00 kongsi pasal suntikan air ke dalam telaga-telaga. `Knowledge Sharing`. Petang ambil Alyaa dahulu pukul 6 kemudian ambil isteri tercinta di GTower. Syukur dari BTHO - KL 30 minit sahaja! Tapi tengok dari SMART lalu lebuhraya timur barat kereta tidak bergerak pula. Solat Maghrib di PCMC kemudian makan di kedai batu Aziz Dolmat. Sedap dan berpatutan. Baliks udah kepenatan~
kata - kata ini hari : The best time to plant a tree was 20 years ago. The second best time is now. –Chinese Proverb
__________________________________________________
0 Responses to “::: tarif :::”
Leave a Reply