==========================================
Ramadhan Bulan Berkat - Hijjaz
==========================================
Bulan Ramadhan bulan yang berkat
Bulan rahmat dan bulan utama
Pahala digandakan, doa diterima
Bulan Lailatul Qadar yang istimewa
Isilah bulan ini, banyakkan amalan
Beribadah malam, siang berpuasa
Banyakkanlah sedekah jgn dikira
Moga ia menjadi penebus dosa
Membaca Al-Quran jgn dilupakan
Zikir dan Tasbih elok disertakan
Meriahkan Ramadhan dengan bermacam cara
Agar Ramadhan tidak sia-sia
Hindarkanlah dosa di setiap anggota
Kalau boleh dosa hati jua
Kerna dosa itu merosakkan pahala
Agar kita tidak mensiakan Ramadhan
Isilah Ramadhan dgn sebaiknya
Kerna ia datang setahun sekali
Tahun hadapan belum tentu jumpa
Kerna kita mati bila-bila masa
p/s : Ahad 14 Julai 2013
Sudah 5 Ramadhan ini hari bermakna sudah 5 hari kita semua umat ISLAM berpuasa . Ya kejap memang kejap masa berlalu . Semalam saya sudah selamat tiba ke Kangar melalui penerbangan Firefly dari Subang . Bertolak dari rumah jam 8.00 pagi , jam 8.35 pagi sudah sampai Subang . Membeli akhbar dan majalah sambil berjalan - jalan tengok kedai - kedai yang ada . Pukul 9.35 sudah boarding dan penerbangan jam 10.05 berlepas . Mengantuk amat sangat bila naik kapal terbang . Terlena sambil baca buku ILLUMINATI . Pukul 11.05 pagi Alhamdulillah selamat tiba di Alor Setar . Oh tiket Firefly beli di web Firefly murah RM 100.00 berbanding di web MAS . Ini tidak adil ! Itu sebab kena `survey` sebelum membeli . Oh dalam masa 2 minggu pelbagai perkara telah terjadian .
Sebelum itu SELAMAT HARI KELAHIRAN pada isteri tercinta saya NURHASUNA binti KHALID pada 10 Julai . Syukur Alhamdulillah jodoh saya dengan dia . Hik hik hik hik hik . Kami cuma berkenalan di laman mIRC32 pada awalnya di kampus namun tidak pernah bertemu waktu itu . Kami cuma dipertemuikan waktu kami mula bekerja di Kerteh sekitar hujung 2008 . Waktu itu bermulalah bibit - bibit percintaan sehingga kami mengikat tali pertunangan dan kemudian diijabkabulkan . Memulakan kehidupan bersama di Kota Metropolis Kerteh . Dia kuat dan tabah harungi pelbagai cabaran dan dugaan bersama - sama . Susah dan senang dilalui jua .
Love you my WIFE !
kata - kata ini hari : “Life is what happens to you while you're busy making other plans.”
― Allen Saunders
laman web hari ini :
_________________________________________________
_
0 Responses to “::: segar :::”
Leave a Reply