FREEDOM! FOREVER!



::: daki :::


E-mail this post



Remember me (?)



All personal information that you provide here will be governed by the Privacy Policy of Blogger.com. More...





=======================================================
Selamanya – Ultras Malaya Feat Joe Flizzow, 
Carleed Khaza & Altimet
=======================================================

Selamanya…selamanya…
Selamanya…Sokong Malaysia!!

Hey lelelelela
Ohh…ohhh

Hey lelelelela
Ahh…Ahhh

Harimau Malaya…
Harimau Malaya…
Harimau Malaya…
Harimau Malaya…

Inilah tanah tumpahnya darahku..
Negara pasukan biarlah hanya satu…
Harimau kami berlari laju
Belang nak tertanggal dari baju

Harimau kami cekap gelecek…
Pertahanan lawan tumbang sederet…
Bila turun padang
Berumahkan gelanggang
Kalau berani mari bersandang

Selamanya…selamanya…
Selamanya…Harimau Malaya!!

Selamanya…selamanya…
Selamanya…Malaysia!!

Hey lelelelela
Ohh…ohhh

Hey lelelelela
Ahh…Ahhh

Harimau Malaya…
Harimau Malaya…
Harimau Malaya…
Harimau Malaya…

Semua berlari hingga tiada keringat
Gol pertama untuk negara
kedua untuk pingat…

Bila atas padang main tak ingat
Tiap hantaran kemas…tiap gerak ligat
Pernahkah ada harimau yang jinak
Jawapannya tidak semestinya lincah…

Penyokong ke stadium beranak pinak
Untuku Malaysia…
Kami ceria…

Selamanya…selamanya…
Selamanya…Harimau Malaya!!

Selamanya…selamanya…
Selamanya…Malaysia!!

Harimau Malaya…
Harimau Malaya…
Harimau Malaya…
Harimau Malaya…

Hey…mari kita semangat
Hitam kuning terpahat
Mari kita berjuang tempur
Berperang di padang…
Sekali lagi..maju lagi..
Serang lagi..gagah berani sebati

Tidak gentar tenang
Dengar sorakan gemilang…
Harimau malaya pasti menang!!

Selamanya…selamanya…
Selamanya…Harimau Malaya!!

Selamanya…selamanya…
Selamanya…Malaysia!!

Hey lelelelela
Ohh…ohhh

Hey lelelelela
Ahh…Ahhh

Harimau Malaya…
Harimau Malaya…
Harimau Malaya…
Harimau Malaya…


 

 p/s : Isnin 6 Mei 2013 . Keputusan PRU13 telah pun diumumkan. BN masih menang dan memerintah Malaysia . 133 vs 89 . Macam keputusan ragbi pula . Lain cerita boleh `google` sendiri . Alhamdulillah yang saya undi ( rahsia ) menang ! Nak cerita jalan - jalan ke Cameron Highland. Kami bertolak Jumaat 10 Mei jam 11 pagi begitu . Singgah di RnR Gurun sekitar 12 beli makan minum pula . Kami sempat solat di masjid berhampiran Seberang Jaya . Bertolak semula sekitar 2.10 petang . Perjalanan agak hangat cuaca . Tidak sabar hendak sejuk Cameron ! Kami sampai tol keluar Simpang Pulai sekitar jam 4.00 rehat solat toilet sebelum meneruskan perjalanan . Sejam kemudian dalam 5.05 petang kami sudah di Cameron ! Para ibu solat sebentar di Masjid Cameron sementara kami teroka bandar Brinchang . Sejuk dan tidak ramai sangat orang . Bandar Brinchang agak kurang terurus dan macam bandar tanah tinggi lain .

Selesai solat semua kami makan dahulu ! Makan di kedai makan berhampiran masjid . Masakan Kelantan katanya . Lepas kenyang kami check in di Hotel Equatorial . Kami ambil 1 apartment 2 bilik dan 1 bilik hotel . Besar juga apartmentnya . Lepas Maghrib kami kembali ke pasar malam bandar Brinchang dengan isteri dan adik ipar. Alyaa kena duduk bilik takut sejuk malam dan kepenatan . Kami membeli belah sedikit sebelum pulang . Dekat jam 10 malam juga baru kembali ke Hotel . Alyaa pun tidur dengan tok wan tok mama . Saya dan isteri pulang ke bilik hotel kami di tingkat 10 . Angin menderu kuat amat walau semua tingkap pintu ditutup rapat. Kena pasang TV untuk bagi ceria sedikit . Bilik hotel cantik dan berbaloi bayar . 

Sabtu 11 Mei pula kami check out pagi untuk berjalan - jalan Cameron . Mandi pagi memang bekulah . Kami sarapan dulu di kedai mamak . Makan roti canai dan nescafe tarik ! Sedap sejuk sejuk pekena air hangat . Lalu pula Lamborghini konvoi terbeliak jakun sebentar kami . Selepas sarapan kami melawat kebun strawberi . Beli - beli strawberi . Bangla juga yang jual ! Lepas itu kami tengok - tengok Strawberry Park Resort nun atas bukit . Konon ingin singgah minum teh di ladang Boh namum tutup pula . Minum teh di Valley Tea sahaja . Teh letak gula melaka . Sedap !
Makan di kedai semalam untuk `lunch` pun sedap . Singgah di muzium `Time Tunnel` . Semua khazanah ada terletak di sana . Rasa dalam itu macam duduk di zaman 70 an ! Lepas itu singgah di pasar petang lagi satu . Lepas itu pulang . Paling tidak tahan kena banyak kenchh sebab sejuk . Semua jamban disinggahi . Kemudian berhenti di Gurun solat makan rehat dan sampai di Kangar dekat jam 11 begitu . Apa pun memang seronok kami !


   

 kata - kata ini hari : 

I'm selfish, impatient and a little insecure. I make mistakes, I am out of control and at times hard to handle. But if you can't handle me at my worst, then you sure as hell don't deserve me at my best.” 
― Marilyn Monroe

   

 laman web hari ini : Sophie Al Yahya

  __________________________________________________


0 Responses to “::: daki :::”

Leave a Reply

      Convert to boldConvert to italicConvert to link

 


Lilypie Fourth Birthday tickers Daisypath Next Aniversary Ticker Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers

AboutMe

  • I'm reef
  • From Kerteh New Town, Terengganu, Malaysia
  • The Last Man Standing
  • My profile

Previous posts

Archives

[Hidup Mesti Terus]

Lingkaran

Lakaran

Liputan

Lingkungan

Lembaran

Lebuhraya

Lengkapan

Lampiran

Laluan

Katakanlah





target= target=!--################################# Put your links here ############################################--_blank